Wednesday, November 21, 2012

3 tahun sudah. :'(

Assalamualaikum..


Lama tak menulis.. Terlalu sibuk.. Plus, laptop aku rosak.. :( sedey aii..

sedar tak sedar.. dah 3 tahun masa berlalu.. 

Aku ingat lagi.. mula-mula aku masuk PTSS 11 Januari 2010.. Masa tu dalam kepala otak aku pikir, haihh.. lama haii nak tunggu 3 tahun untuk habeh Diploma.. 

Kat PTSS, aku kenal ramai kawan.. aku dapat kawan2 baik aku sekarang ni.. Bermula dengan roommate aku semester 1 & 2 iaitu Nat, Effa dan Nowt. Rindu saat tu. 

Semester 3 sampai sekarang, aku menyewa di luar. Tak duk hostel. :)
Sem 3, aku duk uma sewa sorang2. T_T

Sem 4, aku praktikal kat Naza Talyya Hotel Penang dengan Fizah KEchik. dari sini aku rapat dengan Fizah KEchik. KEnangan manis praktikal kat sana :) Kat sana la nama Ieka Syazana Haikal aku dapat dari Abg Hafeez a.k.a Chef De Partie. Happy sangat praktikal sana. Rasa umpama macam sebuah keluarga yang besar. ^_^

Sem 5, aku masih menyewa di luar. Housemate dengan Nurul budak junior DNS, Ika Viva dan Yanie, classmate aku. Teringat lagi duk sana, Nurul selalu masak makan bagi aku. Nurul, kami rindu ampa laa.. ^_^

Sem 5, aku serumah dengan Nat,demi aku,dia menyewa sekali. Terima kasih Sayang! ^_^ Jugak serumah dengan Budak2 kelas aku, Farhan,Ainur,Wahida,Yanie. Kat sini aku kenal Niena yg gila-gila.ngeee~~

Sem akhir, baru kenal siapa kawan siapa lawan.. :) Kat sini baru tau sapa yang boleh dijadikan sahabat yang sebenar-benarnya. :)

Kejap je masa berlalu.. Pejam celik pejam celik.. dah 3 tahun masa berlalu..Banyak kenangan kat sini..

KEnangan tegur Mr.Simple masa sem 3.. hehe. tegur masa promote lunch. :)
Mr.Simple yg dah curik hati aku.. 

Hari Ahad ni, 25 November 2012, aku nak balik Penang dah.. Selamat tinggal Perlis.. banyak memori indah tercipta di sini.. juga kenangan pahit..

Satt jaa 3 tahun.. haishh.. sebak rasa nak pisah dengan kawan2 yg rapat dgn aku. sebab bukan duk dekat2 dengan aku.. T__T

Apapun buat kawan2 semua, jaga diri baik2. Aisehh.. nakk nangesss.. :'(

Okay.Fullstop. tak mampu nak taip lagi. T_T

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Monday, July 9, 2012

Masa untuk kuucapkan selamat tinggal. :(


Assalamualaikum Semua.

Okay. Dengan segala berat hati ini mungkin entri terakhir dari aku.

Kenapa? Sebab esok aku dah balik semula ke Perlis. Dan lepas ni jarang lah sangat aku nak online sebab aku takde broadband. Dah terminate hari tu. Semester lepas aku duduk rumah dengan Nurul dan lain2. Rumah tu ada wifi. 

Tapi semester ni aku duduk dengan classmate's aku dan roommate aku,Nat dan budak poli jugak la. Dan rumah tu takde wifi pulak. Adehh. So,lepas ni kalau aku nak online pun maybe dekat Istiqamah(kedai makan) ler jawabnye. Tu pun tengok keadaan lah.



Okay nampak kan gambar kat atas tu. Tu print screen Takwim Politeknik Sesi Jun 2012. Ape menda lah haih Cuti pertengahan semester sampai 2 kali. Sem lepas sekali je. Lepas tu cuti semester 2 bulan. Takpelah. Pengabisan punya takwim. Insya-Allah.




Sebenarnya aku berat sangat2 hati nak tinggalkan baby Zahirah nie. Haisshh. Selama 2 bulan aku cuti nih.. Pagi petang siang malam aku duk jaga dia. Rasa macam dah sebati ja dia dengan aku. Haiiihhh.. Ni yang sayang nak tinggal dia ni. Dengan mata bulatnya. Hidung mancung nya. Pipi labuhnya. Mulut keciknya. Haiii.. Sapa tak sayang woiii.. Senang jaga pulak tu. Tak banyak ragam. :)





Sabar ika. Sabar. Lagi berapa bulan je nak habis belajar. Insya-Allah lepas ni duk la dengan dia puas-puas. 

Okay semua. jaga diri. jaga Iman. jaga hati. Mungkin aku tak akan update blog dalam beberapa waktu yang lama. Kiranya aku update,maka ada lah internet. hehe. Assalamualaikum. :)

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Saturday, July 7, 2012

Arrgghhhhh... Tolonggg...!!!


Assalamualaikum semua. 


Okay. tak banyak masa nak taip entri ni. *bajet sibuk . Curik masa kejap.

Fuhhhh.. sedar tak sedar dah 2 bulan cuti semester aku berlalu . Dalam masa 2 bulan ni, aku duduk rumah makan tidur tengok tv main twitter facebook tagged sambil layan cerita korea dan juga jaga baby Zahirah.

Akibat daripada aktiviti tak sihat aku tu lah. Bila aku timbang berat badan aku baru-baru ni.. Haisshh. takmau cakap lah. maluuuu..


Nak cakap ke taknak? Cakap lah eh. Tak baik woo cakap separuh-separuh. Hehe. Haaaa... korang caya tak? dalam 2 bulan ni berat badan aku naik bukan sikit.. kalau tkaat 1-2kg takpe lah. Ini.... naikkk sampaiii 10kg.. Gila meh.

Azam tahun ni nak turunkan berat.. bukan nak tambahkan berat badan. Adehh.. 

Patutlah bila aku cuba pakai baju lama aku tahun 2009, muat balik. Sebelum ni da longgar tak boleh pakai. Masalah besar nih. Bukan senang nak turunkan berat. Tahun 2009 lah berat paling teruk aku rasa. Tu pun susah payah turunkan berat,baru turun 17kg.

Baru berhajat nak turunkan lagi 20kg untuk dapatkan berat badan ideal berdasarkan BMI. dah naik pulak 10kg. Lagi 7kg,dapat balik la berat badan tahun 2009.

Gila gila. Ini betul-betul gila meh. Dan ada yang sarankan ambil pil diet. Tapi aku ni jenis tak mau bergantung pada ubat diet ni. Aku takut ada kesan sampingan ja. 

Adesss. Stress mikir. Takpe2. Semangat ika. Pasti boleh punya turunkan balik berat badan dalam masa 4 bulan ni. Apapun mesti Istiqamah. Baru dapat capai target. 

Okay semua. Kalau-kalau korang ada tips diet yang terbaik, TOLONG KONGSIKAN bersama aku yer. Love love. hihi :)

Sampai sini jer. Jaga Diri. Assalamualaikum. :)

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Friday, June 29, 2012

Ku Lihat Hijau Di Mana-Mana

Assalamualaikum semua. 

Maaf. Maaf. Maaf. Nak update kalau boleh tiap-tiap hari. Tapi tapi tapi. Kesibukan melanda membataskan waktu untuk update blog. 

Haaa.. 24 June 2012 haritu (cerita dah basi baru nak update.hihi) kan, aku bersama Mak, Pakcik Nasa, Nabilah dan baby Zahirah pergi ke Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Pulau Pinang . 



Memandangkan aku ni warga Pulau Pinang, kalau tak pi tu nampak sangat lah tak sokong ye dakk.. Jadi aku pergi la. Jeng jeng jeng. Nampak kat atas tu? Yeayy. Dapat jugak kain hijau tu. Baby Zahirah pun pakai tau. Semua duk tengok kat dia ja. 

Orangnya ramai lah jugak. Buat pun dekat Padang Ahmad Badawi. Tempat Pas ditubuhkan berpuluh tahun yang lalu. Dan aku haruslah duk dukung Baby Zahirah jer. Dah macam mak mak pulak aku rasa. Huhu.


Tengokk dia.. Comel kan. Tidur jer. Masa ni nak balik dah. Penat kot hari tu. Alamak. Tak ingat dah buat apa hari tu. Adess. 


Akhir kata, sampai sini saja. hihi. Ohsem. Musim durian sekarang ni kat Penang. Rugiii woooo tak pekena durian Penang.. Dek makan durian lah, Duk selalu pening-pening dah kepala ni. 

Sampai sini saja. Panjang umur,jumpa lagi. Jaga diri . Assalamualaikum.

pssstttt... ada yang bertanya siapakah gerangan "Anak Mak" di entri yang lepas-lepas. hihi. Tak mauuu jawabb..

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Monday, June 25, 2012

Kahwin muda?

Assalamualaikum Semua.

Beberapa hari ni terasa badan sangat2 penat. Dah lama tak joging mungkin? Sebab tu rasa lemau ja. Tapi bukan itu yang aku nak kongsi hari ni.


Nikah di usia muda. Apa pendapat kawan2 sekalian? Setujukah? Tak setujukah? Bagaimana? Aku percaya. Masing-masing punya pendapat yang berbeza. Begitu juga aku.


Nikah itu Sunnah. 

Sabda Rasulullah SAW : " Wahai orang-orang muda, sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu, hendaklah mereka berkahwin. Sesungguhnya ia lebih menjaga pandangan. Barangsiapa yang tidak mampu, hendaklah mereka berpuasa, sesungguhnya ia adalah perisai " (H.R. Al-Bukhari)

Ya. Aku tak nafikan. Aku menyokong penuh Nikah di usia muda. Kerana apa? Okay. Di sini aku berikan 10 sebab kenapa perlu nikah muda.

#1 - Tuntutan Agama

:: Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan pernikahan andai sudah cukup syarat2 zahir dan batinnya. Nikah juga sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di muka bumi ini.

#2 - Mengelak daripada zina

:: Hati mana yang tidak tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana yang mampu menahan gelora nafsu yang memlonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi.

#3 - Menjadi lebih bertanggungjawab

:: Jika selama ini hanya punya seorang mak dan ayah, tapi kini sudah menjadi anak kepada dua mak dan dua ayah.

#4 - Menimbulkan ketenangan jiwa

:: Jika bertanya kepada mereka yg sudah beristeri/bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenangan yang dirasa sukar diterjemahkan dalam kata-kata.


#5 - Fikiran lebih matang


:: Berkahwin dapat mengubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan.


#6 - Membaiki Diri


:: Ramai mengaku, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itu mereka mulai berubah menjadi insan lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dihakis sedikit demi sedikit.


#7 - Plan Jangka Panjang


:: Jika berkahwin muda, sudah tentu menimang cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun, tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang.


#8 - Seks yang lebih berkualiti


:: Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah pembaca semua, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.


#9 - Rezeki Bertambah


:: Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki akan datang kepada kita walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak kita akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi kita percaya dan berpegang kepada rahmat-Nya.


#10 - Jangan tunggu lama-lama


:: kalau korang ada kekasih, pastinya korang tak suka dan tak mau pun tiba-tiba kekasih korang disambar orang lain kan? Jadi, apa tunggu lagi? Kalau dah jumpa yang berkenan di hati, cepat-cepat ler masuk meminang. :))




Haaa.. dah habis baca? Okay. Aku ambil ilham dan kredit kepada SINI .

Secara peribadi, aku memang sangat-sangat menyokong perkahwinan di usia muda. Bunyi macam terdesak pulak aku nih. haha. 


Sampai sini saja. Nanti update lagi. Terima kasih sudi membaca :)


Jaga diri semua. Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Friday, June 15, 2012

Lagi2 Apam Polka Dot. Tak Jemu Ke?

Assalamualaikum. Okay. Memandangkan ada request dari sahabat blogger Cik Ayazuki tentang resipi Apam Polka Dot .. Jadikk.. Nahh..!! Entri ni untuk kongsi resipi Apam Polka Dot .. Mempersembahkan.. Ecececehh.. kikikikiki.~~

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum - diayak
1 cawan gula halus
3/4 susu cair
3 biji telur Gred C
3 sudu teh baking powder -diayak bersama tepung
2 sudu teh ovellette
sedikit esen vanilla 
Filling strawberry,blueberry atau apa saja mengikut citarasa masing2.
mangkuk kertas secukupnya.

Cara Membuat :

1 - Pukul telur dengan gula hingga kembang.
2 - Masukkan ovellette dan esen vanilla. Pukul lagi.
3 - Masukkan susu cair dan kacau perlahan.
4 - Masukkan tepung dan baking powder. kacau sehingga sebati.
5 - Agihkan adunan kepada beberapa bahagian.
6 - Masukkan pewarna.
7 - Piping adunan separuh mangkuk kertas. 
8 - Kemudian masukkan filling.
9 - Piping lagi sehingga hampir penuh mangkuk kertas.
10 - Paipkan dot ke atasnya atau sebarang corak mengikut kreativit masing2.
11 - Kukus dengan api sederhana selama 10-15 minit.

*Balut tudung pengukus dengan kain supaya wap air tidak jatuh ke atas apam.

*Jika api terlalu kuat,permukaan apam akan jadi berlubang-lubang.


Teringin nak buat corak camni. Macam Blog :) Comel. Nanti nak cuba buat lagi. :)

Okay semua. Sampai sini saja. Oh ya. Credit to Cik Wan kerna telah menyumbangkan resipi dalam blog beliau. Singgah2 lah ke blog beliau. :)

Jaga Diri. Selamat mencuba resipi ni :) Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Wednesday, June 13, 2012

Kegilaan Apam Polka Dot

Assalamualaikum. Harap semua sihat . 

Okay. Ini kegilaan aku sekarang. Membuat Apam Polka Dot. 

Entri lepas pun update pasal Apam Polka Dot. Tapi yg tu kali pertama buat. Okay ni kali kedua aku buat. 

Okay lah kot. hehe. Satu adunan dapat dalam 60-70 biji. Kebetulan ada tetamu mai rumah lepas siap je masak.. Langkah kanan betul :) hihi.

Isnin ni mak suruh buat lagi. Ada majlis sikit. :) Yeayyy!! Suka2.

Nak tempek gambaq apam polka dot yg aku buat semalam :)





Sampai sini saja. Terima kasih sudi membaca :) Jaga diri. Assalamualaikum 

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Sunday, June 10, 2012

Ceria Di Hujung Minggu :)

Assalamualaikum. Haii semua. Semoga sihat sentiasa dan happy selalu :)

Okay. Hari Ahad macam ni, aku bosan kat rumah. Lepas tuh, mula lah nak mencuba buat Apam Polka Dot. Hihi. Okay. Ni first time aku buat dan 1st time jugak aku makan apam polka dot ni. Kesian kan. Haha ^____~

Lepas tuh, nih lah hasilnya. Okay. Tak Comel. Sebab tangan agak terketar-ketar sebab adik aku Alia dan mak aku duk usharr jaa.. Ketaq beb.. Haishh..! Ni baru mak sendiri.. Kalau mak mertua? Ampunnnn... ~______~

adik bam bam aku lena sebelum nak pergi kenduri. :)


Okay. Memang agak comot sikit. Takpe. Practice make perfect kan. Lain hari nak buat lagik. Insya Allah. 



Okay. Lepas siap je apam ni, aku terus siap-siap nak pergi kenduri kahwin sepupu aku, Norain. Yang ni sepupu belah mak. So, aku tak berapa rapat dan kenal sangat . Almaklumlah. Belah keluarga mak aku ni, semuanya mami belaka. Apapun, Selamat Pengantin Baru dan semoga bahagia hingga akhir hayat. :) 




Serius. Masa aku pergi kenduri kawen ni, soalan lazim ditanya pada aku, 
" hah. Tikah bila lagi nak kawen? " Dushhh..!! Macam terhempap ketul batu seberat 5 tan atas bahu aku. *okay.part ni aku tipu. 

Fuhhhh..!! Agak mengerikan jugak lah bila soalan kawen ni ditanya pada aku. Serammm dohh..! Tapi selamba bewak ja aku cakap " Nanti kalau ada, cek panggil la. La ni cek belajaq tak habis lagik." Okay. Ayat penyelamat. Huhu.




Sorry lah sebab masa aku ambik gambar pengantin ni, ramai sangat duk ambik gambaq depa. Duduk pun kejap2 bergerak. Ahhh.. Bedal ajelah. Tapi cantik solekan dan baju pengantin Norain. Terasa macam nak cepat mengakhiri zaman bujang pun ada. Hehe. ^____~


Part pelamin, walaupun simple, tetap lawa. Suka sangat menda alah yg simple2 nih. Huhu.

Okay. Sebelum terlupa, di sini aku nak dedikasikan sekalung ucapan Tahniah kepada sahabat mayaku, Enchek Zam kerana telah selamat menjadi tunangan orang. Alhamdulillah. Selangkah lagi untuk membina masjid. Semoga cepat-cepat mendirikan masjid dan semoga bahagia selalu. Insya Allah.

Okay semua. Sampai sini saja aku tulis. Ada masa aku update lagi. Jaga diri. Assalamualaikum semua. :)

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Thursday, June 7, 2012

Punca Kehilangan Aku

Assalamualaikum. Hai semua. Okeh2. Semalam buat entri cakap nk update entri. Tapi alih2 aku sibuk jaga baby. Sorry ~~

Dari awal bulan Jun 2012 ni, haisshh.. sibuk benar.. Ada saja program..

1 Jun 2012, aku ikut mak dan bapak tiri aku ke perhimpuanan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah. Fuhh..!! Serius ramai gila..   


Sampai sana dalam 2.30pm.. Then singgah makan bihun sup dan pekena cendoii satt.. sedap jugak. haha. Bagi makan kat aku ni untung, aku tak cerewet.. Tolak batu dengan kayu ja.. Lain aku bedal (makanan halal ler.. )


Nak masuk stadium bukan main jenuh lagi. Sesak gila orang. Hampir pitam jugak lah aku. Huhu. ^__~

Ni ada aku tempek gambar masa pergi sana..


Ambil dari internet. Serius. memang ramai gila. tkde edit. huhu

Si baby kecik Zahirah yang aku kendong..


Siti Nur Zahirah Najwa..
excited nak pergi..
Baiknya dia.. diam jer sepanjang perhimpunan.


Balik je dari perhimpunan, sampai rumah 2 Jun 2012 jam 5 pagi.. Gila meh. Jalan sesak. Then pakcik tak larat nak drive, tidur kejap dekat RnR Gurun. :)

Petang nya, tiba-tiba sang ayah datang menjemput. Untuk ke Kuala Lumpur. Padahal tak ada bagi persetujuan nak ikut pun. Huhu. Tapi dek kerana sang adikku Alia, beria nak pergi, tapi nak aku temankan dia, huhh.. Ikut jer lah..

Merata ceruk pergi. Penat meh. Badan tak cukup rehat. Penat balik dengan perhimpunan tu. terus pergi KL.. Mau tak demam. huhuhu..

Sampai Penang 5 Jun 2012.. tu sampai rumah ayah.. Petangnya, baru ayah hantar balik ke rumah mak.. Fuhh.. 

Balik2 jer tengok baby.. Rinduu.. hihihi.





Masa dekat I-City.
yg baju kuning tu adik ku Alia.
yg 2 lagi tu adik tiri aku, Naim dan Izati.

Ni dengan mak tiri n adik2 tiri serta adik kandungku..
gambar ni pun ada sebab ayah tag kat FB. huhu

Okay semua. Sampai sini dulu. Nanti update lagi. Jaga diri semua. Sekarang musim hujan. Jaga kesihatan. Assalamualaikum. 

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Wednesday, June 6, 2012

Cik Gadis Merah Jambu

Assalamualaikum. haipp semua. lama jugak aku tak online. Kejap lagi aku update entri kemana aku menghilang. huhu. 

Entri ni dibuat khas untuk Cik Gadis Merah Jambu atau ct. Terima kasih kerana menjadi follower Cik Chenta yang ke-100. 

Serba sedikit tentang Cik Gadis Merah Jambu...

Seorang gadis berumur 16 tahun.. Masih baru dalam dunia blog.. Itu je yang sempat tengok kat blog die. 

Okay dik . Semoga success dalam pelajaran dan kehidupan. :)

Terima kasih jugak pada follower2  yang follow blog Cik Chenta.. 

Sampai sini saja. Terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum.




Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Sunday, May 27, 2012

Si Comel Bam Bam!!

Assalamualaikum. Semoga kita semua dirahmati Allah. Aminn.

Sebelum memulakan entri, cek nak ucap Selamat Hari Lahir kpd sahabat cek iaitu Syazwan Baharuddin. Semoga panjang umur dan diberkati Allah serta semoga cepat-cepat bertemu jodoh.. Aminnn.. ^___^

Syukur Alhamdulillah. Kesedihan beberapa hari lepas beransur pergi. Terima kasih pada sahabat blogger Hanif Idrus kerana keprihatinan beliau. terima kasih sahabat ^___~.

Ehem!!.


Ada lebih kurang sebulan lagi cuti semester. Carik kerja dari awal cuti tapi tak dapat2. Sedihhh!! huhu. Jadik, duduk rumah, jaga baby kejap2. huhu. Bosan doh.! Duduk terperap kat rumah.


Err. Sampai sini saja kott.. Jaga diri. Nahh. ku persembahkan baby bam bam. Siti Nur Zahirah Najwa. 3 bulan lebih. :) dan kak long bam bam die (aku lah). hehe. Assalamualaikum.











Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Wednesday, May 23, 2012

Senyuman Di Sebalik Kelukaan

Assalamualaikum. Semoga kita semua diberkati Allah. Amin. Tak lupa juga, Selamat Hari Lahir ke-22 tahun pada tanggal 22 May kepada sahabatku , Epol. Semoga Allah merahmati dirimu. Amin.


Serius. Aku tak dak mood. Pasaipa? Entahlah. Tadik, tiba-tiba ja takdak mood. Hmm. 


Menangis lagi. Tuu ja kerja aku la ni. Haishhh.


Ieka Syazana Haikal, Takmo nanges2 dah. Senyum selalu meh. 


Tapik, macam mana nak senyum kalau hal aku nih tak settle lagik?

Aiyyyaaaaaa~~~~ Harap sangat dapat settle cepat-cepat meh.

Rabb, Kau berikanlah aku petunjukMu, Rabb. Aminn..


Okay semua. Till then, take care. Assalamualaikum :)





Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Thursday, May 17, 2012

Terharu

Assalamualaikum. sebelum memulakan kisah aku, aku nak ucap Selamat Hari Guru kepada cikgu2, tenaga pengajar yang mengajar dan mendidik aku selama ni di SK Bayan Lepas, Madrasah Faqiah Al-Daimiah, SK Teluk Kumbar, SMK Teluk Kumbar, SM Langkasuka dan juga Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Mintak dihalalkan segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah diberikan selama ni. Tanpa mu guru, tiada lah aku di sini. Terima kasih kepada mereka semua yang bergelar guru di luar sana. Much Love. 


.....................................................................................................................................................

okay. lepas bab hari guru. semalam, Rabu, 16 May 2012, EXAM RESULTS dah pun keluar. makk.. takut nya rasa.. 



tapi, syukur alhamdulillah. Result exam maintain jer. ada peningkatan walau tak banyak. Apapun, tetap bersyukur. Sebab masa exam hari tuh, aku sampai nangis-nangis tak boleh jawab paper. Terutama paper Supervision dan Bakery. Syukur sebab lulus semuanya. Menangis tengok result semalam. Sebab happy sangat. Adeh. Cepat benar nanges. Adoyaiii~~

Dan, dalam ramai orang yang ucap tahniah semalam, ucapan tahniah dari 'seseorang' yang pernah menghiasi hari-hari ku terasa amat bermakna. Kenapa? Sebab, aku masih ingat lagi.. Masa aku bersama dengan dia, aku berjanji dengan dia aku akan terus menempatkan diri aku dalam senarai pelajar yang dapat Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) , dan syukur ke hadrat Ilahi, janji itu aku dapat tunaikan meskipun hadiah yang dulunya dijanjikan kepadaku, tidak aku tuntut. Dia menjanjikan hadiah yang sangat2 aku impikan jika aku berhasil mendapat AKJ 3 kali berturut-turut. Takpela. Itu tak penting. Yang penting, dia ucap tahniah pada aku dan membuat aku berasa terharu sangat2. 

Sampai sini saja. Harapnya, semester hadapan (sem 6) aku akan dapat result yang lebih baik dari sekarang. Untuk itu, aku kena belajar sungguh-sungguh sebab semester depan, semester terakhir bagi aku di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Banyak aku pelajari di sana. Banyak suka duka di sana. Dan banyak sahabat aku dapat temui di sana. 

Okay semua. Till then, Take care. Assalamualaikum :)




Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Monday, May 14, 2012

Aku Insan Lemah




Assalamualaikum. Semoga kita semua diberkati Allah. InsyaAllah. Aminn.

Sejujur-jujurnya, aku keliru dan juga  buntu. Ya, kalau difikir-fikirkan, bodoh jugak sebenarnya aku nih. Buat sesuatu keputusan besar dengan terburu-buru dan perasaan marah serta ego tinggi melangit. Kemudian, bila perasaan marah dah reda, menyesal pun tak berguna lagi. 

Ya, aku sangat menyesal buat keputusan bodoh tu. Bila aku menyesal? Lebih kurang dan tak sampai seminggu selepas aku buat keputusan tu. Tapi, pada saat tu, aku tak berusaha untuk perbaiki semuanya. Aku masih mempertahankan ego aku. Bodohnya aku kan. 

Serius. Aku rindu. Aku sayang. Aku cinta. Aku kasih kan dia. Tapi, adakah masih ada ruang untuk aku perbaiki semuanya? Masih ada kah kesempatan untuk semua nya?

Rabb, sesungguhnya aku insan yang lemah. Aku buntu, Rabb. Aku keliru. Apa sebenarnya harus aku lakukan. 3 bulan aku memendam rasa , Rabb. Rahsia di hati aku simpan kemas-kemas supaya tiada sapa yang tahu. Tapi Rabb, aku tak berdaya lagi menahan gelora di hati. Menahan resah, pilu di hati. Aku rindu pada dia.

Sejujurnya, aku masih menyarungkan cincin itu di jari manis tangan kananku. Aku selak album hari indah itu. Aku menangis di malam sepi. Tiada yang tahu.

Rabb, Kau berikanlah aku petunjukMu kepadaku, Ya Allah. Ya Allah, seandainya telah Engkau catatkan dia milikku, tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku. Akan tetapi , seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. Hanya padaMu aku berserah, Rabb.










Sampai ketemu lagi di coretan akan datang. Till then, Take Care. Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Wednesday, May 9, 2012

Happy Birthday Nat & Linda Isabella :)

Assalamualaikum. 9 May 2012. Entri ni dibuat khas untuk kedua sahabat baik aku iaitu Nat dan Linda Isabella. Happy birthday sayang2 ku. semoga Allah merahmati kalian berdua. Semoga segala hajat di hati terlaksana hendaknya. Amin.. dan paling penting, Semoga berbahagia hendaknya selalu. Aku tak mau tengok mereka berdua ni sedih-sedih. tak comel lah. hehe. Okay sayang. ^___~


nah kek untuk korang berdua. jeng3.. hehe. 


w







okay then. Take care semua. Semoga kita semua dirahmati lagi diberkati Allah. Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Saturday, May 5, 2012

Chef Challenge 2012


Assalamualaikum semua. semoga kita diberkati Allah. Aminn. Chef Challenge 2012 ni sebenarnnya anjuran kelas DHK 5B. sebenarnya entri ni aku nak update lama dah. tapi dek kekangan masa, aku biarkan dulu. dalam Chef Challenge ni, ada berbagai kategori. tapi tak semua aku ingat. yelah. sebab event ni berlangsung pada 9 April 2012,kalau tak silap aku. hampir sebulan yang lepas. dan semestinya, kelas aku, DHK 5A, terlibat secara langsung dalam event ni. setiap orang daripada kami, mestilah decorate cake yang disediakan. ehm. nak cerita banyak-banyak bosan kang. jadi, biarlah gambar bercerita. peace ^____~




 


 

 
 

 




 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 





















okay semua. nahh.. aku tempek gambar banyak2. sebenarnya banyak lagik. tapik.. adeh.. yang ni je lah untuk korang2 semua. till then, take care semua. salam sayang, Assalamualaikum :)

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

=
Copyright© All Rights Reserved Kasihkitaselamanya.blogspot.com