Assalamualaikum. sebelum memulakan kisah aku, aku nak ucap Selamat Hari Guru kepada cikgu2, tenaga pengajar yang mengajar dan mendidik aku selama ni di SK Bayan Lepas, Madrasah Faqiah Al-Daimiah, SK Teluk Kumbar, SMK Teluk Kumbar, SM Langkasuka dan juga Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Mintak dihalalkan segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah diberikan selama ni. Tanpa mu guru, tiada lah aku di sini. Terima kasih kepada mereka semua yang bergelar guru di luar sana. Much Love.
.....................................................................................................................................................
okay. lepas bab hari guru. semalam, Rabu, 16 May 2012, EXAM RESULTS dah pun keluar. makk.. takut nya rasa..
tapi, syukur alhamdulillah. Result exam maintain jer. ada peningkatan walau tak banyak. Apapun, tetap bersyukur. Sebab masa exam hari tuh, aku sampai nangis-nangis tak boleh jawab paper. Terutama paper Supervision dan Bakery. Syukur sebab lulus semuanya. Menangis tengok result semalam. Sebab happy sangat. Adeh. Cepat benar nanges. Adoyaiii~~
Dan, dalam ramai orang yang ucap tahniah semalam, ucapan tahniah dari 'seseorang' yang pernah menghiasi hari-hari ku terasa amat bermakna. Kenapa? Sebab, aku masih ingat lagi.. Masa aku bersama dengan dia, aku berjanji dengan dia aku akan terus menempatkan diri aku dalam senarai pelajar yang dapat Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) , dan syukur ke hadrat Ilahi, janji itu aku dapat tunaikan meskipun hadiah yang dulunya dijanjikan kepadaku, tidak aku tuntut. Dia menjanjikan hadiah yang sangat2 aku impikan jika aku berhasil mendapat AKJ 3 kali berturut-turut. Takpela. Itu tak penting. Yang penting, dia ucap tahniah pada aku dan membuat aku berasa terharu sangat2.
Sampai sini saja. Harapnya, semester hadapan (sem 6) aku akan dapat result yang lebih baik dari sekarang. Untuk itu, aku kena belajar sungguh-sungguh sebab semester depan, semester terakhir bagi aku di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Banyak aku pelajari di sana. Banyak suka duka di sana. Dan banyak sahabat aku dapat temui di sana.
Okay semua. Till then, Take care. Assalamualaikum :)
Terima kasih kerana sudi membaca ^__^