Monday, May 14, 2012

Aku Insan Lemah




Assalamualaikum. Semoga kita semua diberkati Allah. InsyaAllah. Aminn.

Sejujur-jujurnya, aku keliru dan juga  buntu. Ya, kalau difikir-fikirkan, bodoh jugak sebenarnya aku nih. Buat sesuatu keputusan besar dengan terburu-buru dan perasaan marah serta ego tinggi melangit. Kemudian, bila perasaan marah dah reda, menyesal pun tak berguna lagi. 

Ya, aku sangat menyesal buat keputusan bodoh tu. Bila aku menyesal? Lebih kurang dan tak sampai seminggu selepas aku buat keputusan tu. Tapi, pada saat tu, aku tak berusaha untuk perbaiki semuanya. Aku masih mempertahankan ego aku. Bodohnya aku kan. 

Serius. Aku rindu. Aku sayang. Aku cinta. Aku kasih kan dia. Tapi, adakah masih ada ruang untuk aku perbaiki semuanya? Masih ada kah kesempatan untuk semua nya?

Rabb, sesungguhnya aku insan yang lemah. Aku buntu, Rabb. Aku keliru. Apa sebenarnya harus aku lakukan. 3 bulan aku memendam rasa , Rabb. Rahsia di hati aku simpan kemas-kemas supaya tiada sapa yang tahu. Tapi Rabb, aku tak berdaya lagi menahan gelora di hati. Menahan resah, pilu di hati. Aku rindu pada dia.

Sejujurnya, aku masih menyarungkan cincin itu di jari manis tangan kananku. Aku selak album hari indah itu. Aku menangis di malam sepi. Tiada yang tahu.

Rabb, Kau berikanlah aku petunjukMu kepadaku, Ya Allah. Ya Allah, seandainya telah Engkau catatkan dia milikku, tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku. Akan tetapi , seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. Hanya padaMu aku berserah, Rabb.










Sampai ketemu lagi di coretan akan datang. Till then, Take Care. Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

2 comments:

=
Copyright© All Rights Reserved Kasihkitaselamanya.blogspot.com