Saturday, July 7, 2012

Arrgghhhhh... Tolonggg...!!!


Assalamualaikum semua. 


Okay. tak banyak masa nak taip entri ni. *bajet sibuk . Curik masa kejap.

Fuhhhh.. sedar tak sedar dah 2 bulan cuti semester aku berlalu . Dalam masa 2 bulan ni, aku duduk rumah makan tidur tengok tv main twitter facebook tagged sambil layan cerita korea dan juga jaga baby Zahirah.

Akibat daripada aktiviti tak sihat aku tu lah. Bila aku timbang berat badan aku baru-baru ni.. Haisshh. takmau cakap lah. maluuuu..


Nak cakap ke taknak? Cakap lah eh. Tak baik woo cakap separuh-separuh. Hehe. Haaaa... korang caya tak? dalam 2 bulan ni berat badan aku naik bukan sikit.. kalau tkaat 1-2kg takpe lah. Ini.... naikkk sampaiii 10kg.. Gila meh.

Azam tahun ni nak turunkan berat.. bukan nak tambahkan berat badan. Adehh.. 

Patutlah bila aku cuba pakai baju lama aku tahun 2009, muat balik. Sebelum ni da longgar tak boleh pakai. Masalah besar nih. Bukan senang nak turunkan berat. Tahun 2009 lah berat paling teruk aku rasa. Tu pun susah payah turunkan berat,baru turun 17kg.

Baru berhajat nak turunkan lagi 20kg untuk dapatkan berat badan ideal berdasarkan BMI. dah naik pulak 10kg. Lagi 7kg,dapat balik la berat badan tahun 2009.

Gila gila. Ini betul-betul gila meh. Dan ada yang sarankan ambil pil diet. Tapi aku ni jenis tak mau bergantung pada ubat diet ni. Aku takut ada kesan sampingan ja. 

Adesss. Stress mikir. Takpe2. Semangat ika. Pasti boleh punya turunkan balik berat badan dalam masa 4 bulan ni. Apapun mesti Istiqamah. Baru dapat capai target. 

Okay semua. Kalau-kalau korang ada tips diet yang terbaik, TOLONG KONGSIKAN bersama aku yer. Love love. hihi :)

Sampai sini jer. Jaga Diri. Assalamualaikum. :)

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

No comments:

Post a Comment

=
Copyright© All Rights Reserved Kasihkitaselamanya.blogspot.com