Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.

Assalamualaikum semua.
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir batin.
da 21 taon.
api maseh dapat duet raye.
suke3..
ngeee.. ^___^
..
RAYA..
seronok..
snap byk pic..
alamak.! tapik semua kat kamera Paksu Ee la.
nanti amek copy,baru upload kat FB..
n sy dapat kamera dari paksu.
ngeee..
suke3..
tapi kenan kamera paksu lagik..huhuhu
ok.
melawat sanak sedara..
ade yg sy xkenal..
ohh..byk jugak sedara upanya..hik3..
penat beraya + penat makan,
full giler perut nie..
alamak.! makin debab,
tapi sy tetap comel.
(hahhaa...sedapkan hati kejap..kikiki)

ok.

selamat menyambut hari kemerdekaan.
Merdeka.! Merdeka.! Merdeka.!
semangat nie,,

buat my Sayang,
Mr Shahrul Rizal Abdul Halim,
selamat hari raya sayang.
maaf zahir batin ye.
moga hubungan kita hingga ke akhir waktu..
miss u so much darling.!

...

selamat hari raya kawan2.
ade salah silap,harap diampuni,
sayang semua.
salam sayang dr ku,
Atikah Amizudin

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Sunday, August 28, 2011

Happy Birthday Izwan Ali Imran :)


HAPPY BIRTHDAY
YG KE- 22
IZWAN ALI IMRAN BIN WAZANI.

Izwan a.k.a Iwan @ Wawan..
teman sepermainan aku sejak kecil.
selalu gaduh..tapi kemudian berbaik semula..
lama rasanya tak ketemu.
moga dikau baik2 saja (ayat x bole blah kejap.hahaha)
okey2..
along just nak wish happy birthday to u.
moga dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki,
cemerlang dalam pelajaran,dunia dan akhirat,
dikurniakan kesihatan yg baik,
dirahmati Allah sentiasa.
InsyaAllah.
dan x lupa jugak nak ucap,

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN "

sekali lagi..

"SELAMAT HARI LAHIR "

p/s: weyy..lama x jumpa. bila mau jumpa?

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

salah saya ke?

saya yg salah ke?
kamoo..
kamoo taw sy sayangkan kamoo.
tapi kamoo?
sy taw kamoo sayangkan saya jugak.
tapi kamoo..?
saya sedih,saya terluka..
kerna kamoo..?
dan
kamoo??
masih bertanya kenapa..?
kamoo..
saya tak ade mood nak cakap,borak,sms dengan kamoo.
kamoo tanya kenapa?
kamoo betul2 care tentang saya ke?
hey kamoo..!
saya tak suka keadaan kita sekarang nie.
yes..!!
saya sayangkan kamoo.
tapi kalau kamoo tak serius dengan saya,
kamoo boleh "angkat kaki" cepat2.
jangan biarkan saya terus sayangkan kamoo.
dan mengharap pada kamoo.
saya tak suka perasaan nie.
sakit.
perit.
luka.
kamoo..
jangan buat macam nie dah.
ok dear.?

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Tuesday, August 23, 2011

Apabila Al-Quran Dihina

Bulan Ramadhan Bulan Al-Quran

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185:

Maksudnya:Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah

Imam al-Qurthubi menjelaskan, bahawa Allah SWT menurunkan al-Quran untuk menjadi petunjuk dan penjelasan bagi umat manusia. Menjelaskan kepada mereka yang halal dan haram, peringatan dan hukum-hakam, serta pembeza antara yang haq dan yang batil. Dengan demikian al- Quranlah yang seharusnya memandu dan memimpin kehidupan umat manusia.

Sempena bulan Ramadhan sebagai bulan Nuzul Al-Quran ini, marilah kita dengan penuh iman dan takwa bermuhasabah diri kita, apakah kita selama ini telah mengambil al-Quran sebagaimana yang Allah SWT perintahkan atau selama ini kita hanya beriman dengan sebahagian dari al-Quran atau telah mengabaikan al-Quran? Apakah selama ini al-Quran telah benar-benar kita jadikan petunjuk, sumber hukum sekaligus sebagai penyelesai kepada segala masalah kehidupan kita? ataukah sebaliknya.

✿ Berdasarkan pemerhatian mimbar, kebanyakkan kita berusaha menjaga jasad al-Quran. Kita tidak akan meletakkan al-Quran di lantai atau di kerusi atau lain-lain tempat yang kita rasakan tidak sesuai. Kita akan marah jika mendapati sesiapa sahaja yang tidak menjaga al-Quran. Kita turut sensitif dan merasa amat marah apabila mendengar dan melihat al-Quran dipijak, dikoyak, dibakar atau dibuang di tempat yang jijik. Kita juga tidak akan berdiam diri jika al-Quran dihina, diremeh atau dipermainkan di dalam apa bentuk sekalipun. Kita memang akan menjaga kemurnian dan kesucian al-Quran dari segala bentuk penodaan dan pemalsuan. Sebenarnya segala usaha ini sangat baik dan memang sudah menjadi tugas dan kewajiban kita yang harus kita tunaikan. Bagaimanapun kita amat merasa kesal terdapat umat Islam berusaha untuk menjaga jasad al-Quran, tetapi tidak berusaha untuk menghayati isi kandungannya dan menerapkan segala perintah dan larangannya. Umat Islam marah apabila al-Quran dihina, tetapi mereka sendiri seolah-olah seperti ‘menghina atau mengenepikan’ al-Quran dengan tidak mengamalkan apa yang terdapat di dalamnya.

Mimbar juga amat bimbang terdapat dikalangan umat Islam yang hanya menjadikan al-Quran sebagai perhiasan, disimpan baik-baik di rumah dan hanya digunakan untuk hal-hal yang berunsurkan mistik, misalnya menjadikannya sebagai azimat, tangkal, pelaris, penolak bala, pengusir syaitan dan sebagainya. Mereka juga lebih suka mengambil al-Quran sebagai sebuah ‘kitab magik’ yang boleh menguntungkan jualan, memurahkan rezeki, berubat, menghalau hantu dan pelbagai kepentingan peribadi lainnya.

✿ Mimbar ingin mengingatkan kita semua bahawa Allah SWT menurunkan al- Quran bukan sekadar untuk dibaca, malah lebih dari itu. Membaca al-Quran adalah ibadah (sunat) dan InsyaAllah kita akan beroleh pahala kerananya, tetapi mengamalkan isi kandungannya adalah WAJIB dan sesiapa sahaja mengabaikannya maka ia telah melakukan kesalahan dan boleh sampai ke tahap berdosa besar. Siapa sahaja yang yang tidak mengamal dengan apa yang Allah telah perintahkan, maka azab Allah akan diturunkan atau menantinya di akhirat! Bagi mereka yang tidak memikul amanat Allah SWT yang telah diturunkan-Nya melalui al-Quran, maka Allah telah membuat satu perumpamaan yang hina ke atas mereka. Firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat ayat 5:

Maksudnya:Bandingan orang yang dipikulkan kepadanya Kitab Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya, samalah seperti keldai yang memikul Kitab-kitab besar. Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim”.

Melalui ayat ini, Allah SWT menghina kaum yang tidak memikul tanggungjawab melalui wahyu yang diturunkan-Nya dengan perumpamaan seperti keldai. Bayangkanlah jika ada orang yang mengatakan kepada kita, “Anda ini seperti keldai!” Apakah perasaan kita? Apalagi yang menyatakan seperti itu ialah Allah SWT yang kita harapkan keredhaan dan keampunan-Nya. Orang yang benar-benar beriman, bertakwa dan mengharapkan redha Allah sudah tentu akan merasa takut dan gementar akan perumpamaan tersebut.

✿ Mimbar suka mengingatkan bahawa sesungguhnya peluang untuk menghayati al-Quran serta mengambil pedoman di dalamnya adalah kewajipan umat Islam sendiri. Persoalan besar di sini ialah apakah jawapan kita apabila Allah SWT melontarkan soalan kepada mereka yang membaca al-Quran seperti di dalam ayat 101 surah Ali-Imran:

Maksudnya: “Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w.)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus)”.

Ayat ini menunjukkan kepada kita terdapat di kalangan orang Islam menjadi kafir sedangkan al-Quran dan Sunnah berada di sisinya. Ini adalah disebabkan mereka tidak dapat menerima petunjuk Allah, justeru mereka ingkar kepada ayat Allah akan menjadi kafir.

Sesungguhnya Allah SWT memberikan penghormatan kepada kita sebagai manusia dengan kemuliaan-Nya, agar kita menjadi golongan yang mulia. Salah satu pendekatan yang mengangkat martabat umat ini ialah dengan mengamalkan ajaran al-Quran secara menyeluruh dengan menjadikan al-Quran sebagai acuan kehidupan. Oleh itu, mimbar menyeru semua pihak di dalam keberkatan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama mengambil manfaat untuk meningkatkan ketakwaan dan mengubah segala kelakuan buruk dengan mengamalkan segala isi kandung al-Quran agar kehidupan kita lebih diredhai Allah SWT.

✿ Mimbar juga mengambil kesempatan sempena dengan Sambutan Hari Asean yang ke 44 pada 8 ogos tahun ini, menyeru seluruh jemaah dan umat Islam sekalian marilah sama-sama kita mempertingkatkan serta mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di negara kita dan secara amnya dirantau Asia Tenggara. Marilah sama-sama kita memupuk perpaduan sepertimana yang dianjurkan dalam kitab suci al-Quran dengan tanpa mengira bangsa, agama dan negara kerana perpaduan yang terjalin antara kita akan memudahkan segala urusan dan membolehkan sesuatu kejayaan dihasilkan. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah faatir ayat 10:

Maksudnya: Sesiapa yang mahukan kemuliaan, maka bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada-Nyalah naik segala perkataan yang baik dan amal yang soleh pula di angkat-Nya naik. Dan orang yang merancang kejahatan, adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka akan rosak binasa”.

sumber: http://www.islam.gov.my/khutbah-online


Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Fahami Maksud Kata-Kata Seorang Wanita

Sebenarnya, antara lelaki dan perempuan terdapat perbezaan dari segi pemahaman komunikasi. Ramai yang kurang menyedari hal ini terutamanya kaum lelaki.Lelaki perlulah memahami dan menyelami apakah maksud di sebalik kata-kata seorang perempuan. Sebagai contohnya:

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?

Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?

Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.

Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.

Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...

Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.

Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...

Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?

Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.

Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.

Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Ini cuma contoh saja. Tapi, memang ia selalu berlaku. Kalau tak percaya, cuba tanya isteri atau awek masing-masing, betul tak cakap di mulut tak sama dengan niat di hati. Bukannya kaum perempuan ni tak jujur dalam meluahkan isi hati mereka tapi. Wanita ni bukankah pemalu?


Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Sunday, August 21, 2011

tak kenal, maka tak cinta. :)

betul ckp pepatah.
x kenal, maka x cinta.
dulu..
sblm kenal Housekeeping,
aku sgt x suka.
sekarang..
aku dah jatuh cinta dgn Housekeeping.
walaupun ade guest yg byk kerenah,
mengada2 x pasal2..
tapi, dari situ aku belajar 1 menda.
bila kita jadi guest @ pelanggan,
jgn lah nak demand sgt.
kalo rasa duit tu byk sgt,
pergi aje dkt 5 Star Hotel.
haha.
mmg seronok duk kat Housekeeping .
walaupun penat naik turun floor.
tapi ada kawan2 yg boleh masuk sekepala.
macam ..
Abg Badrul yg selalu bg nasihat.
Akak Midah yg suka share citer.
Akak Sal yg suka share pengalaman.
Adeq Wan yg sekepala jugak.
haa.. 4 org nie antara yg aku boleh join borak dgn diorang.
yg lain bole gak masuk.
cuma biasa2 aja.
dah tinggal beberapa hari aje lagi aku dkt Housekeeping.
lepas nie masuk Kitchen pulak.
Department yg paling aku xsuka sebenarnya.
tapi bak kata pepatah,
tak kenal maka tak cinta.
jadik,
aku akan cuba kenal Kitchen dgn penuh kesabaran.
mungkin aku akan jatuh cinta dengan Kitchen pulak lepas nie?
2 bulan utk aku jatuh cinta dgn Kitchen..
haha.
okey babai.
take care.
Assalamualaikum.


Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Friday, August 19, 2011

bila aku dah tersedar dr lamunan.

hampir seminggu.
dan baru aku tersedar.
hm.
tapi, aku takot.
errmm..
mungkin.
dah terlewatkah?
atau masih lagi ada peluang?
Aidilfitri semakin menampakkan diri.
rasa amat bersalah.
tp malu mengaku salah.
hm.

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Sunday, August 7, 2011

Guest, VIP, Mr. P..= T I R E D.!

Assalamualaikum.
ehem.
mmg penat.
dulu ingatkan department Housekeeping ni xpenat.
tp ternyata sangkaan ku meleset sama sekali.
Day 3.
OMG.
Sgt2 Penat lah.
Coz y?
All VIP come to hotel today.
ade event ape tah.
(lupa kejap.haha)
awal2 pagik lagik da kena push dgn Mr. P(bkn nm sbenar.haha)
semua menda nak detail cleaning jer.
dgn rini dapat guest lak yg kaki komplain.
serba serbi xkena.
asyik tukar bilik je.
penat kot maid nak buat bilik balik.
hadoii..sabar je la.
rasanya pahala puasa aku rini,tinggal separuh ape.
duk bengang je kat guest + Mr.P.
hmm..
report Housekeeping ak xsempat nak buat lgik..
hadoii la. agak kepenatan.
sampai kan x bkesempatan nak tulis buku log.
(tp masih sempat update my belog.,haha)
harap2 esok xde la kena push mcm rini..
tp hrapan mgkin tggal harapan aje..
sbb esok masih penuh dgn VIP..
okey semua.
sampai jumpa lagik
jgn ponteng puasa ye?
hihihi ^____^
Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Saturday, August 6, 2011

H O U S E K E E P I N G :)

Assalamualaikum.
Selamat Berpose Semua..hehe..
dah hari ke -6 puasa..
Alhamdulillah,berjalan dgn lancar sekali.
hmm.
department baru aku.
HOUSEKEEPING.
smlm daftar untuk department baru..
so far, okey lah..
walaupun actually,
agak boring..
sbb just wat report supervisor..
teengok2 maid wat bilik,
update room status,
thats it.
tp smpat jugak la aku tido..hehe..
ngulaa je lebeh..ngeee...
hari pertama,
agak pening kepala sbb duk naik turun lif + tangga..
coz lif rosak..hehe..
habislah lemak ku berciciran d tangga..
kuang3..^___^
okey semua..
sampai d sini saja update tuk HOUSEKEEPING.
take care.
Assalamualaikum :)

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

=
Copyright© All Rights Reserved Kasihkitaselamanya.blogspot.com