Sunday, June 10, 2012

Ceria Di Hujung Minggu :)

Assalamualaikum. Haii semua. Semoga sihat sentiasa dan happy selalu :)

Okay. Hari Ahad macam ni, aku bosan kat rumah. Lepas tuh, mula lah nak mencuba buat Apam Polka Dot. Hihi. Okay. Ni first time aku buat dan 1st time jugak aku makan apam polka dot ni. Kesian kan. Haha ^____~

Lepas tuh, nih lah hasilnya. Okay. Tak Comel. Sebab tangan agak terketar-ketar sebab adik aku Alia dan mak aku duk usharr jaa.. Ketaq beb.. Haishh..! Ni baru mak sendiri.. Kalau mak mertua? Ampunnnn... ~______~

adik bam bam aku lena sebelum nak pergi kenduri. :)


Okay. Memang agak comot sikit. Takpe. Practice make perfect kan. Lain hari nak buat lagik. Insya Allah. 



Okay. Lepas siap je apam ni, aku terus siap-siap nak pergi kenduri kahwin sepupu aku, Norain. Yang ni sepupu belah mak. So, aku tak berapa rapat dan kenal sangat . Almaklumlah. Belah keluarga mak aku ni, semuanya mami belaka. Apapun, Selamat Pengantin Baru dan semoga bahagia hingga akhir hayat. :) 




Serius. Masa aku pergi kenduri kawen ni, soalan lazim ditanya pada aku, 
" hah. Tikah bila lagi nak kawen? " Dushhh..!! Macam terhempap ketul batu seberat 5 tan atas bahu aku. *okay.part ni aku tipu. 

Fuhhhh..!! Agak mengerikan jugak lah bila soalan kawen ni ditanya pada aku. Serammm dohh..! Tapi selamba bewak ja aku cakap " Nanti kalau ada, cek panggil la. La ni cek belajaq tak habis lagik." Okay. Ayat penyelamat. Huhu.




Sorry lah sebab masa aku ambik gambar pengantin ni, ramai sangat duk ambik gambaq depa. Duduk pun kejap2 bergerak. Ahhh.. Bedal ajelah. Tapi cantik solekan dan baju pengantin Norain. Terasa macam nak cepat mengakhiri zaman bujang pun ada. Hehe. ^____~


Part pelamin, walaupun simple, tetap lawa. Suka sangat menda alah yg simple2 nih. Huhu.

Okay. Sebelum terlupa, di sini aku nak dedikasikan sekalung ucapan Tahniah kepada sahabat mayaku, Enchek Zam kerana telah selamat menjadi tunangan orang. Alhamdulillah. Selangkah lagi untuk membina masjid. Semoga cepat-cepat mendirikan masjid dan semoga bahagia selalu. Insya Allah.

Okay semua. Sampai sini saja aku tulis. Ada masa aku update lagi. Jaga diri. Assalamualaikum semua. :)

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

2 comments:

  1. comel lah, boleh buat huruf lagi kat apam tuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tk berapa nk cantik sgt.nerbess sgt, huhu. tkpe. practice make perfect :)

      Delete

=
Copyright© All Rights Reserved Kasihkitaselamanya.blogspot.com