Tuesday, September 3, 2013

Pengalaman baru :) Alhamdulillah :)

Assalamualaikum semua.


Start hujung minggu lepas, aku dah mula rasa sakit di rusuk kanan,
rasa sakit macam ditekan-tekan di situ. Kata mak, itu normal bagi orang mengandung. Tido pun tak boleh sebarangan tido dah. Pusing sini tak kena,pusing sana tak kena.




Malam merdeka lepas ikut Encik Suami join konvoi ke Port Dickson, balik dari sana jer, tengok2 kaki dah bengkak. Cepat2 telefon mak. Bagitau mak. Mak cakap " nanti malam tidoq kat kaki tuh sapu minyak panas,pakai stokin dan tutup dengan selimut,kaki tu lapik bantal bagi tinggi."

Okay. aku buat macam mak suruh dengan bantuan Encik Suami. Dia tolong sapu minyak panas,selimutkan aku. Sedar-sedar je lebih kurang jam 5 lebih pagi, haremm.. bantal , selimut entah ke mana. Kikikiki ^_~

Alhamdulillah, lepas 2 hari, bengkak di kaki dah mulai surut dan dah takde.




Next week nak kena check up. Tapi, Encik Suami takde. Dia dah keluar site. T_T takpe takpe. bulan 11 ni Puan Isteri dah start cuti panjang. ^_^
Balik Penang,berehat sepuas-puasnya hingga bersalin nanti.

Duhai Anak, Duduk dalam tu diam-diam na? Jadi anak yang baik akhlaknya. Baik budi pekertinya. Papa dan mama sayang anda tahu? ^_^


Sempat nak selitkan gambar masa pergi walimah Abby Abadi tempohari. Tahniah. Dan semoga berbahagia hingga akhirnya. Aminn..


Sampai sini saja. Dah nak balik kerja. Jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Wednesday, August 21, 2013

Salam Aidilfitri Buat Semua :)

Assalamualaikum semua.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin..

Rasanya belum terlewat untuk ucap hari raya kan? hihi..

Agak tak sempat nak update gara-gara kusyuk sangat.. main CANDY CRUSH..

hahahhaa... tak tau lah kan.. sejak2 kat office ni tak sibuk.. Boleh kata hampir semua officemate main game ni.. Haishh..

                                               

Layankan aje la... yang penting happy.. tak nak sedih2.. tapi bosan jugak bilamana hari2 duk mengHADAP game ni.. rasa macam nak ambik cuti lelama, balik Penang jaa... boleh mandi lautt... 

Fuhhh~~ dah lama gila tak mandi dekat Tanjung Asam..

                                       
                       

Haishh~~~ nak tunggu balik Penang entah bila la pulak.. Sabaqq jaa laaa...

Dear Encik Suami, jom lerr kita balik Penang... ehh.. lupa.. Encik Suami outstation ke Teluk Kemang, Port Dickson.. Y_Y tinggal lah Puan Isteri dan baby yang tak mengerti apa-apa dalam perut mama dia ni..

Takpe.. Encik Suami keluar mencari rezeki.. ^_^ Tak perlu sedih2.. Jomm layan game.. hihi..

Sampai sini saja.

Sekian. Terima kasih. *Ohh..Sungguh skemaa baq hangg..!! peace yoo!!*

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Wednesday, July 10, 2013

K A M I D A H K A H W I N L A H !!


Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah... Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada Encik Suami, Muhammad Fais bin Ahmad Johari tempoh hari..

Tak tau macam mana nak gambarkan perasaan masa tu..Orang yang paling aku sayang.. aku cinta.. akhirnya menjadi suami aku.. Syukur ke hadrat Ilahi..

Semoga rumahtangga yang dibina ini sentiasa harmoni.. Insya-Allah bahagia hendaknya.. Aminnn...

Sedikit gambar aku selitkan sekali.. tak banyak gambar diambil.. jadi ini serba sedikit je yang mampu aku upload.. itu pun sebab Encik Suami dah uploadkan.. 


masa hari akad nikah




bersama "FAMILY" Encik Suami :)

Thanks Cik Muncit Nat sbb mai :)

Housemate + Classmate + Bestfriend = BFF  Ann & Nat



Okay semua. Sampai sini saja. Selamat menjalani ibadah puasa. :)

Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum. ^_^
Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Wednesday, June 12, 2013

UNDANGAN KE MAJLIS PERKAHWINAN ATIKAH BINTI AMIZUDIN & MUHAMMAD FAIS BIN AHMAD JOHARI ^_^

Assalamualaikum semua.

Syukur ke hadrat Ilahi.. dengan limpah kurnia-Nya..kita masih bernafas sehingga ke hari ni..

Lama rasanya tak update blog ni.. Ampunn~~ Terlalu sibuk dengan kerja yang menimbun di office.. Sekarang ni dah free sikit.. So, bolehla curik2 masa untuk update blog kejap.. hieee~~ ^__^

Okay semua. Di sini ada khabar gembira untuk dikongsi bersama..




Bismillahirrahmanirrahim...

Saya dengan rasa rendah diri menjemput semua sahabat2 seperjuangan utk 
hadir ke Majlis Perkahwinan Atikah Amizudin & Fais Johari pada 6 Julai 2013 SABTU di kediaman ayah saya No 9, Lorong Tembikai 1, Taman Sri Rambai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Semoga kita semua mendapat keberkatanNya...amin...mai jangan tak mai..






Okay semua. itulah khabar gembira yang nak dikongsi..


Jemput hadir wahai kawan2 sekalian. Semoga dengan kehadiran kalian dapat memeriahkan lagi majlis kami nanti. Insya-Allah..



Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum :)




Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Sunday, March 10, 2013

Serba-Serbi Baru

Assalamualaikum semua.. Harap2 semuanya sihat dan happy selalu.. :) Lama rasanya tak upate blog.. Jadi dah alang-alang cuti ni.. Tetiba rasa nak menulis...

Dari mana nak mula eaa....hmmmm...

Okay okay. Pertengahan February 2013, aku ikot si Fais tunang aku tu pergi KL skali.. konon-konon nak pergi interview lah.. Stay kejap kat rumah Mak Yong di Seksyen 7,Shah Alam.. Lepas tu terus pi rumah Sue (Suhada) kawan sekolah aku dulu.. Jadi,bermula la pencarian kerja..

Dari satu tempat ke satu tempat aku pi interview.. dan seperti biasa aku dengar, "Nanti kami call untuk beritahu dapat ke tak kerja ni" Selalunya kalau dah cakap macam tu, jangan mimpi la nak dapat kerja..!

Sampailah aku main rembat jer kerja di Kiosk LRT Setiawangsa.. hentam sajalah.. Baru je 4 hari aku kerja, ada 1 panggilan telefon buat aku happy sangat.. 

Finally, dapat jugak kerja di ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD as a Eksekutif Umrah Transit.. Alhamdulillah.. Terus aku hantar notis berhenti kerja..

Jadi, sebagai langkah pertama, mestilah cari rumah sewa.. takkan la aku nak terus menumpang kat rumah Sue tu kan.. Naik segan sebenarnya aku ni..

Dan akhirnya aku jumpa juga rumah sewa.. Sewa okay. Walaupun jauh sikit dari tempat kerja aku, It's okay.. Sebab mula-mula aku carik area tempat kerja aku.. tapi harga bapak  mahal.. huhu..



Part paling best, rumah aku kat tingkat atas sekali, tingkat 13.. buka je tingkap bilik.. fuhhh... Nampak KLCC... sukaa. ^__^

Hari pertama aku lapor diri di Andalusia, serius. Aku tak tawu nak cakap apa. Hari yang .. -__-" 



Uhh.. Orang lain semua eksaited nak pi konvo.. Aku ni haa..? Langsung tak teruja.. Malas nak pi pun ada.. Tapi dah ada kat Penang dah pun la ni..  

13/03/2013 arikh aku konvo.. Isk.. Macam mana la nanti..

Apapun buat teman-II seperjuangan, tahniah kerna berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya.. ^__^


Okay semua. Sampai sini jer. Jaga diri. Assalamualaikum.

p/s : sedih sebenarnya sebab Si Tunang Fais tu nak kena outstation kat Penang sebulan lebih. T__T . Redha je la. huhu. Y__Y

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Sunday, January 6, 2013

Cinta & Kasih - Ini Kisah Kami :)

Ehem. EhEm. *batuk ngada-ngada sattt* Assalamualaikum.
Hai hai hai Encik Muhammad Fais Ahmad Johari.. ^__^ ehh. dan semua. ^__~

Okay. Secara rasminya, *ececececece..mcm nk promote product plak.haha :D* aku nak memperkenalkan Encik Tunang kepada semua. *ni pun sebab dia sentap aku tak update blog pasal dia.haha.Ampunn Biy..* 

Ehm. Nak cerita macam mana ni? Dari awal kea dari tengah ke? Ahhh.. Gasaklah. Nak baca, baca.. tak nak baca, Kena baca jugak..! haha. 

Okay. Aku dengan si Fais ni kenal dah lama. 3 tahun macam tu la. Actually dia ni abang angkat pada kawan baik yang paling2 aku sayang, Natrah. 

No no no. Natrah tak pernah pun nak satukan kami or whatever. Semuanya berjalan sendiri tanpa pertolongan Natrah. *kena explain siap2. nanti ada orang salah sangka kat Natrah plak.Kesian dia kang*



Sambung cerita. Serius,masa aku kenal dia sem 1 dulu, ye aku akui dia sangat SOMBONG..!! haha. Nak tawu kenapa? Hareemm tak pandang aku pun.!! Sebab masa tuu diaa.. Ahh..Lupakan jea.


Ouh Yea. Masa sem 3, aku jumpa dia lagi. Masa tu aku tengah carik orang untuk jadi guest aku kat restaurant (subjek Operation Restaurant). Aku pun dah terjumpa dia,aku promote kat dia. Tapi tapi tapi.. Dia macam gagap sikit masa tu. Haha. Tak taw pasaipa. -_-" Mungkin sebab masa tu aku panggil dia "Abang" kot. Haha >_<




Aku ni suka stalk FB dia. Haha. Bengong kan aku? Habis nak buat gena. Dah takdak kerja. Lalalalla~~ *padahal memang suka dah lama.Cuma tak nak ngaku. Blushing.*

Okay okay okay. Lepas tu kami jadi kawan baik. Dia ada masalah,dia ngadu kat aku. Sama la dengan aku pun. Aku rasa la kan. . dah banyak kali aku bagi hint kat dia yang aku suka dia, tapi dia tak perasan langsung. *buta ke apa aku pun taktau.haha. jangan marah,biy. :P *

Then, sampai la 1 malam tu.. masa tu aku tengah frust sangat2. Tengah nangis2 bagai.. masa tu aku call dia ngadu kat dia.. sampai la dia marah2 aku cakap cenggini.. " Eka tolong jangan jadi DESPERATE sangat boleh tak..?? Is sayangkan Eka..Is sayangkan Eka..Is sayangkan Eka tahu tak..?? "

Mau tak terkejut aku.. Terus letak fon. haha. Letak fon sebab terkejut 1 hal.. Dah tu sebab kena marah first time dengan dia. Mau tak sentapp. -_-" *Lain kali jangan marah macam tu dah tau biy? Nak luruh jantung sayang! *





Tapik masa tu aku anggap masa dia cakap "Is sayangkan Eka " tu cuma sayang sebagai kawan. haha. Agak takdak perasaan la aku masa tu. Sebab tengah sedih2 bagai lagik.

Lepas beberapa ketika.. waktu tu tengah Webcam dengan dia.. Dia buat pengakuan berani mati. Yeahh. Part tu memang sweet. Haha. Sebab muka dia tersangatlah blushing.. Comey...

Dan sejak tu.. Aku terima dia dalam hidup aku.. Tak sangka kan.. Sebelum ni aku ada simpan perasaan pada dia.. tapi bila tengok macam takdak respon dari dia, aku terima orang lain.. Tapi. alih-alih.. Dia jugak jodoh aku,Insya-Allah..

Dan aku akui, aku bahagia sangat dengan si SENGET nii.. dan aku harap bahagia ni tak sampai di sini saja. Harap kebahagiaan kami kekal hingga akhir nyawa.. Insya-Allah.



Fuhhh.. Entri panjang lebar.. Terima kasih sudi membaca. 

Dear Cinta, Kasih sayangkan Cinta sangat2. I Love You. Always. ^_~

Okay semua. Sampai sini. Jaga Diri. Jaga Kesihatan. Jaga Pemakanan. Assalamualaikum dan sampai berjumpa lagi. ^__^


Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

=
Copyright© All Rights Reserved Kasihkitaselamanya.blogspot.com