Assalamualaikum.
Lama betul aku tak update blog. Nak tau kenapa.? Sbb aku terlupa email dan password untuk log in. Ceitt. Ni mcm mana aku boleh log in.? Tetiba semalam termimpikan email ni. Password aku selalunya aku akan set sama untuk semua website. Haha. Padah byk sgt email. Hamik kau.
Okay. Fullstop cerita tadi. Nak cerita yg lain pulak.
Alhamdulillah. Pada tanggal 16 Januari 2014, tepat jam 6.21pm aku selamat melahirkan puteri kami melalui pembedahan dek kerana jantung baby dah tak stabil. Alhamdulillah sekali lagi, baby kami sihat walafiat. Tembam. Bambam. Mcm mama dia. Haha.
Puteri sulung kami diberi nama Nur Qaisara Balqis Binti Muhammad Fais. Nama ni papa dia yg pilihkan.
Memandangkn kami dah buat perjanjian sebelum ni. Haha. Kalau girl, dia bg nama. Kalau boy,aku yg bg nama. Punya semangat aku pilih nama boy. Memandangkan masa scan 2D tu nampak macam boy. Duk panggil dia gelaran nama boy la. Sekali masa nurse tunjuk baby. Ehh. Girl la. *terkejut* Tapi tetap terima dgn seadanya. Dah ini yg Allah nak beri. Perancangan Allah lagi hebat dari perancangan kita. Syukur.
Sampai sini saja. Insya-Allah ada kelapangan waktu aku update lagi. Jaga diri. Assalamualaikum.





=
