Monday, October 31, 2011

Hasrat di hati Termakbul jua :)

  
Apa khabar semua?
Hopefully semua sihat.
Jgn Sakit2 mcm aku sekarang nie.
Tapi aku still okey. 
Alhamdulillah,masih diberi peluang melihat Ciptaan Allah.
Syukran.

..............................

hari nie,
hasrat di hati aku,
telah dikabulkan oleh Chef Crist dan jugak Chef Warren.
ni yg double tripple sayang Chef2 nie.
Hasrat apa?
hasrat aku nak extend praktikal di Kitchen.
kan aku sayang dan suka sangat dekat Kitchen nie haa..

...........................................
Alhamdulillah,
dapat gak extend walaupun hanya 2 minggu.
memang nak extend sampai habis praktikal.
tapi masih ade 1 department belom masuk.
so, 2 minggu terakhir aku,
tentulah di FNB DEPT.

..........................................

ouh ya,
hari nie aku double tripple happy.
kenapa?
aku dan sayangku Rosnatrah dah baik balik.
Alhamdulillah.
Syukur sgt2 sebab doaku termakbul jugak.
Terima Kasih Ya Allah.
Hopefully 
persahabatan ni kekal ke akhir waktu.
InsyaAllah. :)

....................................

okey semua.
cek nak pi rehat nie.
masih x berapa sihat.
jaga diri semua.
salam sayang dari aku,
Assalamualaikum :)


Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Tuesday, October 25, 2011

Semakin Tidak Sihat.

Assalamualaikum Semua.
Have A Nice Day yaww..

.............

Ehem.!
semakin x sihat.
pasaipa?
batuk yg kuat
sehingga mengganggu aku buat Ommelette.
dan jugak Migrain.
Ouh Tidakk..
Die datang balik.
..
Batuk nie kalau x sakit dada xpe jugak.
ni bukan saja sakit dada,
semput aku,
pastuh siap sampai termuntah2 lagik.
nasib la x tercirit birit lak kan.
kehkehkeh. ^__*

hmm..
tiba2 aku hilang mood nak tulis sbb batuk makin kuat.
semput dah aku ni ha..

esok kalau aku okey,
aku pi keja.
harap2 aku okey lah.

ok semua.
take care,.
jaga kesihatan.
jgn jadik macam aku na.
Assalamualaikum :)

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Monday, October 24, 2011

N e e d A R e s t ~ ~ ~

                                                                    
Assalamualaikum.
sekarang nie,
aku tengah sakit kepala MIGRAIN.
adoiii...


Ya Allah..




 Jom ikut aku doa sekali. 


dah bace doa?
:)

okey semua.
disebabkan sakit kepala migrain nie,
aku tak boleh hadap laptop aku lama2 ni.

berpinar aje rasanya.

harap2 esok aku sihat hendakNya.

Esok nak keje lagi nie.

Take care semua.

Assalamualaikum


Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Buang yg keruh,ambil yg jernih.

Assalamualaikum. 
semoga semua sihat2 saja.

...

err..
nak tanya ni.
ehh. ade org x?
harap2 ade lah yer?
hehehe :)

weeee~~~

okey2.
nak tnya,
pernah x korang gado2 dgn BFF korang?
mesti pernah kan?
xkan la xpernah langsung.
gado kenapa?
itu xpayahla citer.

tapi kan,
kalau da gado,
da masam muka,
rasa x syok/ x best lah.

yelah,
selama ni rapat,
tiba2 gado, xbertegur.

apepon,
kalau dah salah,
minta maaf.
lepas tuh,
jernihkan lah kembali persahabatan yg dah kian hambar.
x elok taw masam muka lama2.. 
nt kedut lak muka yg comey2 tuh..hehhee..



Apepon,
hargai lah sebuah persahabatan.

zaman sekarang ni susah nak carik sahabat.
KAWAN,
kat mana2 bole carik.
tapik,

SAHABAT,
yg sanggup susah senang bersama,
itu susah nak dicarik.

okey semua.
Salam Sayang dr aku.

Entri suka-suki je. haha. 

Take care.
Assalamualaikum :)

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Friday, October 21, 2011

S E D I H :'(

Assalamualaikum.
Apa khabar semua?
harap2 sihat semuanya.

........................................

~ ~ ~ S E D I H ~ ~ ~

kenapa aku sedih?
sebab esok dah 22 October 2011.
thats mean,
ade lebih kurang 10 days aje lagi aku kat  Kitchen Department.


sedih nya aku.
iyelah.
mula2 aku tak suka duk kitchen.
yelah,
dlm kitchen semua laki(masa aku masuk)
dah tuh, panas plak.
keje mau cepat,xboleh lmbat2.

then,
bila aku duk kitchen lama2,
aku dah "J A T U H  C I N T A"
dgn kitchen ni haa..


tambah pulak Chef2 kat Kitchen buat aku semakin sedih nak tinggalkan kitchen.
yela,
diorang semua baik2 dgn aku taw.

kalau kena marah,
tu biasa lah.
orang cakap,
marah tanda sayang.
lagipula,niat mereka nak ajar aku.
aku kan budak baru belajar.
hehehehehe..

lepas Kitchen nie,
aku kena masuk Food and Beverage Department 
atau singkatannya FNB DEPT.
lepas tuh,
tunggu masa nak masuk poli balik.

sejujurnya,
aku sangat2 suka duk kat Kitchen.
dulunya,
aku xsuka kitchen.
sekarang,
dah jatuh cinta.

ehh..
jangan salah faham pulak.
aku jatuh cinta dgn kitchen,
bukan dgn Chef d kitchen. huhuhu.
kang tak pepasal kena gosip lak. haha.

btw,
aku sayang semua Chef2 di kitchen nie.
x kira siapa pun dia. :)

"I'm Cooking From My Heart"
ni kata2 Chef Crist
masa aku cakap aku tak suka masak n masuk kitchen.
dari ayat dia itu lah,
aku tanamkan rasa kasih sayang pd memasak.
walaupun aku hanya lah masak ommelet.'
hehe.
Sejak dr aku denagr ayat tu lah,
aku dah mula minat memasak.

ouh yea.
xlupa jugak pada Chef Warren, 
yg memberi tunjuk ajar tntg apa saja yg aku tak tahu walaupun pd mulanya aku ingat dia ni garang nk mati. hehe. tp dia ni baik sgt dgn aku. :)

dan Chef Hafeez  slalu ajar mcm mana nak buat Salad dan lain2,
Chef Amri yg ajar buat Mee Goreng Mamak,Bread Butter Pudding,dll..
Chef Yusof dan Chef Ezani yg byk ajar pasal Dessert,
Chef Menan   dan Chef Zali yg ajar perihal kitchen dan share pengalaman,
dan  
Chef Samad a.k.a Abang Mad yg ajar buat Ommelet dgn Cantik.
dan semua lah staff2 kitchen.

pastinya aku akan merindui semua.
adehh..
sedihnya.
T_______________T

Semoga suatu ahri nanti kita akan bejumpa lagi.
Salam Sayang buat semuanya. 
:)

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

pura-pura tak tahu.?

Assalamualaikum.
ehem.
...
kenapa manusia ni,
kalau dah tahu dia salah,
dia buat2 tak tahu salah dia ?
dan tak nak bersemuka?

adoyaii..

dunia oh dunia.

manusia oh manusia.

semoga engkau mendapat petunjuk dr Allah.
Aminn..

Sekian.

p/s: aku tak tuju pada sapa2.
sapa maka cili,dia rasa pedas nya. :)

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Thursday, October 20, 2011

Cara Pemakanan Rasulullah S.A.W


Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung,
keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. 

Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. 

Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kit a ikut diet ini kawan2.

tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Gerenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,

SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


``````````````````````````

Nampak memanglah pelik..

tapi, kalau tak percaya...

kawan2 cubalaa....... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah... Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.

Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.


Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milime


Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Cara Rasulullah Makan

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?


Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?


Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). 

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.


Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Sama2lah kita mengamalkan nya :)

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Wednesday, October 19, 2011

Jgn Mudah Percayakan Sesiapa.!!


Assalamualaikum.
Ehem.
Just wanna share apa yg aku nampak di sekeliling aku,
dan mungkin jugak di sekeliling korang.
...
orait guys.
entri ni aku cakap secara umun.

jgn sesekali mudah percayakan orang.

Even org tu org yg paling rapat dgn anda.
kenapa?
mungkin saja org yg dipercayai itu menjadi org yg paling tak dipercayai.

Contoh?
err,,jap aku nak pikirkan.
hahh..dah dapat.

Contohnya,
apabila kawan kita copy paste kerja/assignment/report or anything else lah drpd kita.
hasil usaha kerja keras otak kita.
pernah rasa situasi ini?


haa..lebey kurang macam dalam picture ni lah.
dah kalau nak copy paste,edit lah sikit.

jgn pulak cut and paste.

agak2 lah kalau nak meniru pun.
takkan lah xnak usaha sendirik?


setiap manusia dikurniakan OTAK untuk BERFIKIR.

Allah anugerahkan OTAK untuk BERFIKIR bagaimana cara nak MAJUKAN DIRI.

dan BUKAN BERFIKIR MCM MANA NAK CIPLAK/CUT PASTE
HASIL PEMIKIRAN/KERJA ORG LAIN.

Lagi Contoh..

Kehilangan Pekerjaan Dek Kawan Makan Kawan.
haaa...
ni lagi 1 hal.
kalau ye pun nak cepat naik pangkat,
jgnlah sampai gunakan orang lain tuk kepentingan diri sendiri.
itu salah namanya.

AWAS.!!
KAWAN TIKAM KAWAN ADA DI MANA2.
MUNGKIN DIA DI SEBELAH ANDA SAAT INI!!

okey.
kesimpulan di sini,
pada pendapat n pandangan peribadi aku lah,
jangan sesekali mudah percayakan org.
kita xtahu hati orang ni.
bak kata pepatah,
Rambut sama hitam,hati lain-lain.
dan dalam hidup ni,
terlalu banyak manusia yg menjadi Duri Dalam Daging.
malah tak kurang jugak yg menggunakan kelebihan yg Allah kurniakan
untuk kepentingan peribadi.


aku berdoa supaya orang2 seperti ni,
menikam kawan,makan kawan dr belakang ni,
bawak2 la bertaubat dan berubah.

Hari nie,mungkin hari orang lain.
Mungkin Esok,hari kita,
tiada siapa yg tahu.

okey. sampai di sini saja coretan aku.
take care.
Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Thursday, October 13, 2011

Rindu yg terpendam.


Assalamualaikum.
rindu yg terpendam.
selama ke hari nie,
aku pendam aje perasaan rindu ku pada roommates aku masa sem 1.
rindu sangat pada kenangan kami dulu.
kalau boleh,aku nak patah balik ke masa itu.
tapi aku tahu,

masa tak boleh diputarkan kembali.
aku cuma mampu berdoa setiap hari,
semoga hubungan akrab kami kembali terjalin.
seperti waktu dahulu.
aku sayang sahabat2 aku nie.
mungkin aku tak tahu nak tunjukkan rasa sayang ak pada mereka.
hm. entahlah.

aku cuma berharap hubungan persahabatan kami kekal hingga ke akhir waktu.
walaupun salah sorang dari roommate aku,
masih bermasam muka dgn aku,
aku harap,aku berdoa,
semoga suatu hari nanti dibukakan pintu hati dia untuk memaafkan aku.
semoga persahabatan kita kekal sayang2 ku. :)
okey semua.
nie gambar aku dengan roomm
ates aku.
aku sayang depa semua ni sangat2.
rindu setengah mati kat depa.
tak taw la pulak kalau depa tak rindu aku. huhu.
meh aku nak kenalkan depa kat korang.
...............................
Oh Angin.
sampaikanlah salam rindu serta salam sayang ku pada mereka.
rindu sangat2.
................................


aku dan roommates aku.
dari kiri : Baby Effa, Nowt Cumil,Nat Cayang dan Eka Manja.



aku dan Effa.
Sayang Baby ni.
^____^
aku dan Nat Cayang.
My Roommate untuk 2 sem.
aku rindu sangat2 dekat dia.
tak tergambar betapa sayangnya aku kat dia.
doa aku sentiasa bersama dia.
semoga dia baik2 saja.
^______________^
aku dan Nowt Cumil.
sayang Nowt nie.
sama Jabatan,tapi berlainan kursus.
^_______________^



....................................

okey semua.
jaga diri masing2.
jaga kesihatan.
sayang aku pada semua tak kan terhapus dek zaman.
weeeeee~~~~

Assalamualaikum.




Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Monday, October 3, 2011

Semoga hari esok ada sinar bahgia.


Assalamualaikum.
Semoga kita semua diberi kesihatan yg baik
dan
Di Rahmati Allah sentiasa.
Mudah-mudahan. Amin.

okey.
sejak kebelakangan nie,
hari2 aku selalu mendung dan hujan.
haa.. macam gambar kat bawah nie.

hujan jea.
hati terluka.
hakikatnya,kita sama2 terluka.
biar waktu menyebuhkan luka kita.

Semoga hari esok ada sinar bahgia.
cerah menyinari hidupku.
seperti sinar mentari.
mcam kat bawah nie.
^______________________^

harapnya esok masih bisa tersenyum.
Meski hati terluka, bibir tetap tersenyum
^_______________^
salam sayang buat semua.
jaga diri
jaga kesihatan.
Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

=
Copyright© All Rights Reserved Kasihkitaselamanya.blogspot.com