Monday, June 25, 2012

Kahwin muda?

Assalamualaikum Semua.

Beberapa hari ni terasa badan sangat2 penat. Dah lama tak joging mungkin? Sebab tu rasa lemau ja. Tapi bukan itu yang aku nak kongsi hari ni.


Nikah di usia muda. Apa pendapat kawan2 sekalian? Setujukah? Tak setujukah? Bagaimana? Aku percaya. Masing-masing punya pendapat yang berbeza. Begitu juga aku.


Nikah itu Sunnah. 

Sabda Rasulullah SAW : " Wahai orang-orang muda, sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu, hendaklah mereka berkahwin. Sesungguhnya ia lebih menjaga pandangan. Barangsiapa yang tidak mampu, hendaklah mereka berpuasa, sesungguhnya ia adalah perisai " (H.R. Al-Bukhari)

Ya. Aku tak nafikan. Aku menyokong penuh Nikah di usia muda. Kerana apa? Okay. Di sini aku berikan 10 sebab kenapa perlu nikah muda.

#1 - Tuntutan Agama

:: Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan pernikahan andai sudah cukup syarat2 zahir dan batinnya. Nikah juga sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di muka bumi ini.

#2 - Mengelak daripada zina

:: Hati mana yang tidak tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana yang mampu menahan gelora nafsu yang memlonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi.

#3 - Menjadi lebih bertanggungjawab

:: Jika selama ini hanya punya seorang mak dan ayah, tapi kini sudah menjadi anak kepada dua mak dan dua ayah.

#4 - Menimbulkan ketenangan jiwa

:: Jika bertanya kepada mereka yg sudah beristeri/bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenangan yang dirasa sukar diterjemahkan dalam kata-kata.


#5 - Fikiran lebih matang


:: Berkahwin dapat mengubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan.


#6 - Membaiki Diri


:: Ramai mengaku, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itu mereka mulai berubah menjadi insan lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dihakis sedikit demi sedikit.


#7 - Plan Jangka Panjang


:: Jika berkahwin muda, sudah tentu menimang cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun, tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang.


#8 - Seks yang lebih berkualiti


:: Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah pembaca semua, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.


#9 - Rezeki Bertambah


:: Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki akan datang kepada kita walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak kita akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi kita percaya dan berpegang kepada rahmat-Nya.


#10 - Jangan tunggu lama-lama


:: kalau korang ada kekasih, pastinya korang tak suka dan tak mau pun tiba-tiba kekasih korang disambar orang lain kan? Jadi, apa tunggu lagi? Kalau dah jumpa yang berkenan di hati, cepat-cepat ler masuk meminang. :))




Haaa.. dah habis baca? Okay. Aku ambil ilham dan kredit kepada SINI .

Secara peribadi, aku memang sangat-sangat menyokong perkahwinan di usia muda. Bunyi macam terdesak pulak aku nih. haha. 


Sampai sini saja. Nanti update lagi. Terima kasih sudi membaca :)


Jaga diri semua. Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

4 comments:

  1. wah sumpah lucu dan keren banget tampilannya

    ReplyDelete
  2. saya juga sih setuju juga kalau misalkan kahwin muda .

    apalagi kalau hubungan nya uda lama sekali , ,

    ReplyDelete
  3. mungkin kalau kahwin muda suatu saat nanti anak kita sudah besar kitapun akan tetap muda

    ReplyDelete
  4. oke kawan makasih atas infonya , di tunggu ya updetan selanjutnya .

    salam kenal

    ReplyDelete

=
Copyright© All Rights Reserved Kasihkitaselamanya.blogspot.com