Friday, June 15, 2012

Lagi2 Apam Polka Dot. Tak Jemu Ke?

Assalamualaikum. Okay. Memandangkan ada request dari sahabat blogger Cik Ayazuki tentang resipi Apam Polka Dot .. Jadikk.. Nahh..!! Entri ni untuk kongsi resipi Apam Polka Dot .. Mempersembahkan.. Ecececehh.. kikikikiki.~~

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum - diayak
1 cawan gula halus
3/4 susu cair
3 biji telur Gred C
3 sudu teh baking powder -diayak bersama tepung
2 sudu teh ovellette
sedikit esen vanilla 
Filling strawberry,blueberry atau apa saja mengikut citarasa masing2.
mangkuk kertas secukupnya.

Cara Membuat :

1 - Pukul telur dengan gula hingga kembang.
2 - Masukkan ovellette dan esen vanilla. Pukul lagi.
3 - Masukkan susu cair dan kacau perlahan.
4 - Masukkan tepung dan baking powder. kacau sehingga sebati.
5 - Agihkan adunan kepada beberapa bahagian.
6 - Masukkan pewarna.
7 - Piping adunan separuh mangkuk kertas. 
8 - Kemudian masukkan filling.
9 - Piping lagi sehingga hampir penuh mangkuk kertas.
10 - Paipkan dot ke atasnya atau sebarang corak mengikut kreativit masing2.
11 - Kukus dengan api sederhana selama 10-15 minit.

*Balut tudung pengukus dengan kain supaya wap air tidak jatuh ke atas apam.

*Jika api terlalu kuat,permukaan apam akan jadi berlubang-lubang.


Teringin nak buat corak camni. Macam Blog :) Comel. Nanti nak cuba buat lagi. :)

Okay semua. Sampai sini saja. Oh ya. Credit to Cik Wan kerna telah menyumbangkan resipi dalam blog beliau. Singgah2 lah ke blog beliau. :)

Jaga Diri. Selamat mencuba resipi ni :) Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

2 comments:

  1. Sangat berminat nak buat. Tapi untuk yang corak tu macam mane yek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. corak tu terpulang pd masing2. ada yg buat dot je. kalau nk draw lady bird pun senang je. just guna dr adunan td.. kn berbagai warna dibuat :) selamat mencuba :)

      Delete

=
Copyright© All Rights Reserved Kasihkitaselamanya.blogspot.com