Assalamualaikum. jari jemari aku nak menaip je pagi nih. walaupun sebenarnya aku x berapa sihat nih. demam =_=" . adoyaii.. demam2 ni, mata pun duk nampak bantal je kott.. huhuhu.. esok (Isnin) ade kelas bakeri. kalau tak silap, dah nak masuk buat Cookies. Ouh, Yummy.. "Eka, tak payah nak yummy sangatlah.berat tuh bila nak turunkan?" Dushh... part nie yang tak berapa nak best nih.. berat oh berat..kenapa kau berat sangat? hehehe.. Ouh.. semalam aku tersangatlah cemburu tengok Cinta Hati aku ni dah slim sikit perut dia. ouhh.. perut aku lah masih jelas kelihatan.. bila aku tanya Cinta Hati, dia cakap dia buat sit up 60 kali sehari. 30 kali sebelum tidur dan 30 kali selepas bangun tidur.. makk aiii... 60 kali? gluuppp..!! macam tak sanggup je buat.. erkk.. tapi jeles sangat tengok dia dah kurus.. iskk... xboleh jadik nih.. aku kena buat macam dia buat jugak lah macam nih.. ahakz! nak jadikan dia Idola nak slim lah..kuang3x.. iskk.. tak boleh jadi nih. kalau aku tak serius, macam mana aku nak realisasikan azam aku tahun ni? azam nak turunkan berat badan sebanyak 30kg.. kalau 30kg tak boleh, 20kg pun jadik lah.. dan aku sekarang jarang makan nasi.. bukan sebab diet. tapi sebab aku nak habiskan stok bihun aku tuh.. hahahaha... okey semua. aku nak rehat.. entah apa-apa je aku duk merepek.. jaga diri dan jaga kesihatan. *cakap kat orang,aku demam tak makan ubat lagik.aiyyaa..!! okay semua. Assalamualaikum sayang2 semua.
=

No comments:
Post a Comment