Assalamualaikum. hari ni tiba-tiba rasa nak share pada pembaca sekalian dgn apa yg aku baca tadi. menda ni khusus untuk para perempuan di luar sana.. sedar tak sedar "Kanser Pangkal Rahim " merupakan pembunuh kedua wanita di dunia.. Ya Allah.. penting rupanya untuk membuat ujian Pap Smear.. sebelum ni ada aku baca pasal pap smear..tapi aku buat derk jer.. huhuhu.. sebab aku rasa tak penting pun. tapi tiba-tiba rasa serrammm dohh.. hehehe..ok lah akak2,adik2,abang2,pakcik2 n makcik2..cehh..bajet macam ramai baca..hahaha..nih aku nk kongsi dengan hampa semua apa aku baca.. jemput2 baca ya.. sharing is caring kan.. :)
Kanser pangkal rahim atau serviks adalah sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser di dalam pangkal rahim seseorang wanita.
Serviks dirujuk kepada apa sahaja struktur yang berbentuk seperti leher. Serviks uteri membawa maksud leher uterus. Ia merupakan sebahagian dari rahim yang membuka ke arah faraj. Pangkal rahim dialas oleh dua jenis sel.
Jenis pertama melapisi bahagian luar pangkal rahim dan jenis yang kedua melapisi bahagian dalam serviks. Di antara kedua-dua jenis sel ini terdapat satu persimpangan yang dikenali sebagai zon transformasi atau zon pertukaran. Di kawasan inilah sampel untuk ujian PAP smear diambil kerana di sinilah biasanya berlaku perubahan yang dikenali sebagai displasia atau perubahan pra kanser dan terjadinya kanser.
Kanser serviks boleh dikategorikan kepada empat peringkat, yang pada asasnya digunakan untuk menentukan jenis rawatan dan prognosis, adalah seperti berikut :
Peringkat 0
“Karsinoma in-situ” atau kanser peringkat awal yang ditemui di lapisan pertama pengalas sel serviks. Ia tidak lagi menembusi tisu-tisu serviks yang lain
“Karsinoma in-situ” atau kanser peringkat awal yang ditemui di lapisan pertama pengalas sel serviks. Ia tidak lagi menembusi tisu-tisu serviks yang lain
Peringkat I
Sel-sel malignan yang tertumpu hanya kepada pangkal rahim dan belum lagi merebak
Sel-sel malignan yang tertumpu hanya kepada pangkal rahim dan belum lagi merebak
Peringkat II
Sel-sel kanser telah merebak dan melampaui pangkal rahim, melibatkan 1/3 dari bahagian atas faraj.
Sel-sel kanser telah merebak dan melampaui pangkal rahim, melibatkan 1/3 dari bahagian atas faraj.
Peringkat III
Sel-sel kanser telah merebak ke bahagain pelvis dan 1/3 dari bahagian bawah faraj.
Sel-sel kanser telah merebak ke bahagain pelvis dan 1/3 dari bahagian bawah faraj.
Peringkat IV
Telah merebak ke dubur, pundi kencing dan juga bahagian-bahagian lain dalam badan.
Telah merebak ke dubur, pundi kencing dan juga bahagian-bahagian lain dalam badan.
Faktor risiko yang berkaitan dengan pertumbuhan sel kanser adalah seperti berikut :
- Memiliki banyak pasangan seks
- Memulakan hubungan seks pada usia muda
- Tidak menggunakan kondom semasa melakukan hubungan seks
- Anda atau pasangan anda memdapat jangkitan ketuat alat kelamin (Genital Wart)
- Pernah dijangkiti virus papiloma manusia, terutamanya daripada jenis 16818
- Merokok
- Latar belakang sosioekonomi yang rendah
Gejala atau simptom bagi kanser pangkal rahim termasuklah :
- Lelehan faraj yang tidak normal
- Pendarahan dari faraj yang tidak normal – diantara waktu haid ,selepas melakukan hubungan seks, kesakitan semasa haid dan juga selepas putus haid.
- Sakit belakang
- Hilang selera makan dan berat badan menurun.
- Mengalami masalah membuang air kecil dan air besar
- Sakit di bahagian pelvis – biasanya merupakan gejala yang lewat.
Ujian – Ujian
Berikut adalah beberapa kaedah yang dilakukan untuk mendiagnos kanser pangkal rahim:
Berikut adalah beberapa kaedah yang dilakukan untuk mendiagnos kanser pangkal rahim:
- Mengambil rekod kesihatan pesakit. Doktor akan bertanya tentang sejarah latarbelakang peribadi dan keluarga yang relevan khususnya yang ada kaitan dengan faktor-faktor risiko yang diketahui boleh menyebabkan kanser.
- Pemeriksaan fizikal. Doktor akan menjalankan pemeriksaan luaran dan juga dalam faraj dan pangkal rahim.
- “PAP smear”. Ini merupakan satu ujian saringan untuk kanser pangkal rahim
Pencegahan
Apa sahaja yang dapat meningkatkan risiko kanser serviks dipanggil faktor risiko. Pencegahan boleh dijalankan dengan mengubahsuai faktor risiko. Kebanyakkan faktor-faktor risiko ini boleh diubahsuai walaupun bukan semuanya boleh dielakkan.
Apa sahaja yang dapat meningkatkan risiko kanser serviks dipanggil faktor risiko. Pencegahan boleh dijalankan dengan mengubahsuai faktor risiko. Kebanyakkan faktor-faktor risiko ini boleh diubahsuai walaupun bukan semuanya boleh dielakkan.
- Amalkan cara hidup yang lebih sihat
- Berhenti merokok
- Amalkan pemakanan yang sihat
- Amalkan hubungan seks yang sihat
- Segera berjumpa doktor sekiranya anda mengalami sebarang pendarahan faraj yang tidak normal.
- Jalanilah ujian saringan secara kerap
- Ujian saringan untuk kanser pangkal rahim, merangkumi pemeriksaan pelvis dan juga ujian PAP smear yang membolehkan kanser dikesan di peringkat awal. Rawatan boleh diberikan sebelum pertumbuhan kanser tersebut. Ini telah terbukti dapat mengurangkan perebakan kanser sebanyak 90 %.
Langkah pencegahan yang terbaik adalah dengan menjalani ujian PAP Smear secara berkala.
hahhh..sudah terang lagi bersuluh.. "Langkah pencegahan yang terbaik adalah dengan menjalani ujian PAP Smear secara berkala." jadi, apa tunggu lagi cik kak,makcik, semua..?? meh pakat2 p buat ujian PAP SMEAR.. haa..pesanan ikhlas.. buat para Gadis yg masih Perawan, anda sama sekali tidak digalakkan buat ujian nih.. kang tak pepasal hilang perawan.. dushh..kes naya nanti..hehehe.. ujian ni hanya untuk perempuan yang pernah lakukan hubungan kelamin sahaja yer.. yang belum pernah,pi main jauh2 nah? hehe.
okey semua. sampai sini saja aku nak taip. semoga apa yang aku kongsikan ini bermanfaat untuk semua. jaga kesihatan dan jaga diri.salam sayang buat semuanya dengan lafaz Assalamualaikum.
=

nice info (:
ReplyDeleteAssalam.. hye gorgeous =)
ReplyDeletewaaa... such an informative entry u have here =p
i've heard bout ujian pap smear ni ..
tp x detail lah. ok la, now i know bout it..
tp mcm seram jek nk gi wat ujian ni .. haha
wslm. hi shiema n natasya. :)
ReplyDeletesharing is caring right dear?
ujian ni hanya untuk para wanita yg pernah melakukan hubungan kelamin dear. yg masih perawan xperlu buat ujian ni. :)
nak gak buat ujian ''PAP smear''
ReplyDeleteRahel.. silakan.. lagi cepat pemeriksaan tuh, lagi bagus dear :)
Delete