Tuesday, September 3, 2013

Pengalaman baru :) Alhamdulillah :)

Assalamualaikum semua.


Start hujung minggu lepas, aku dah mula rasa sakit di rusuk kanan,
rasa sakit macam ditekan-tekan di situ. Kata mak, itu normal bagi orang mengandung. Tido pun tak boleh sebarangan tido dah. Pusing sini tak kena,pusing sana tak kena.




Malam merdeka lepas ikut Encik Suami join konvoi ke Port Dickson, balik dari sana jer, tengok2 kaki dah bengkak. Cepat2 telefon mak. Bagitau mak. Mak cakap " nanti malam tidoq kat kaki tuh sapu minyak panas,pakai stokin dan tutup dengan selimut,kaki tu lapik bantal bagi tinggi."

Okay. aku buat macam mak suruh dengan bantuan Encik Suami. Dia tolong sapu minyak panas,selimutkan aku. Sedar-sedar je lebih kurang jam 5 lebih pagi, haremm.. bantal , selimut entah ke mana. Kikikiki ^_~

Alhamdulillah, lepas 2 hari, bengkak di kaki dah mulai surut dan dah takde.




Next week nak kena check up. Tapi, Encik Suami takde. Dia dah keluar site. T_T takpe takpe. bulan 11 ni Puan Isteri dah start cuti panjang. ^_^
Balik Penang,berehat sepuas-puasnya hingga bersalin nanti.

Duhai Anak, Duduk dalam tu diam-diam na? Jadi anak yang baik akhlaknya. Baik budi pekertinya. Papa dan mama sayang anda tahu? ^_^


Sempat nak selitkan gambar masa pergi walimah Abby Abadi tempohari. Tahniah. Dan semoga berbahagia hingga akhirnya. Aminn..


Sampai sini saja. Dah nak balik kerja. Jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Wednesday, August 21, 2013

Salam Aidilfitri Buat Semua :)

Assalamualaikum semua.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin..

Rasanya belum terlewat untuk ucap hari raya kan? hihi..

Agak tak sempat nak update gara-gara kusyuk sangat.. main CANDY CRUSH..

hahahhaa... tak tau lah kan.. sejak2 kat office ni tak sibuk.. Boleh kata hampir semua officemate main game ni.. Haishh..

                                               

Layankan aje la... yang penting happy.. tak nak sedih2.. tapi bosan jugak bilamana hari2 duk mengHADAP game ni.. rasa macam nak ambik cuti lelama, balik Penang jaa... boleh mandi lautt... 

Fuhhh~~ dah lama gila tak mandi dekat Tanjung Asam..

                                       
                       

Haishh~~~ nak tunggu balik Penang entah bila la pulak.. Sabaqq jaa laaa...

Dear Encik Suami, jom lerr kita balik Penang... ehh.. lupa.. Encik Suami outstation ke Teluk Kemang, Port Dickson.. Y_Y tinggal lah Puan Isteri dan baby yang tak mengerti apa-apa dalam perut mama dia ni..

Takpe.. Encik Suami keluar mencari rezeki.. ^_^ Tak perlu sedih2.. Jomm layan game.. hihi..

Sampai sini saja.

Sekian. Terima kasih. *Ohh..Sungguh skemaa baq hangg..!! peace yoo!!*

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Wednesday, July 10, 2013

K A M I D A H K A H W I N L A H !!


Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah... Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada Encik Suami, Muhammad Fais bin Ahmad Johari tempoh hari..

Tak tau macam mana nak gambarkan perasaan masa tu..Orang yang paling aku sayang.. aku cinta.. akhirnya menjadi suami aku.. Syukur ke hadrat Ilahi..

Semoga rumahtangga yang dibina ini sentiasa harmoni.. Insya-Allah bahagia hendaknya.. Aminnn...

Sedikit gambar aku selitkan sekali.. tak banyak gambar diambil.. jadi ini serba sedikit je yang mampu aku upload.. itu pun sebab Encik Suami dah uploadkan.. 


masa hari akad nikah




bersama "FAMILY" Encik Suami :)

Thanks Cik Muncit Nat sbb mai :)

Housemate + Classmate + Bestfriend = BFF  Ann & Nat



Okay semua. Sampai sini saja. Selamat menjalani ibadah puasa. :)

Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum. ^_^
Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

=
Copyright© All Rights Reserved Kasihkitaselamanya.blogspot.com