Tuesday, September 3, 2013

Pengalaman baru :) Alhamdulillah :)

Assalamualaikum semua.


Start hujung minggu lepas, aku dah mula rasa sakit di rusuk kanan,
rasa sakit macam ditekan-tekan di situ. Kata mak, itu normal bagi orang mengandung. Tido pun tak boleh sebarangan tido dah. Pusing sini tak kena,pusing sana tak kena.




Malam merdeka lepas ikut Encik Suami join konvoi ke Port Dickson, balik dari sana jer, tengok2 kaki dah bengkak. Cepat2 telefon mak. Bagitau mak. Mak cakap " nanti malam tidoq kat kaki tuh sapu minyak panas,pakai stokin dan tutup dengan selimut,kaki tu lapik bantal bagi tinggi."

Okay. aku buat macam mak suruh dengan bantuan Encik Suami. Dia tolong sapu minyak panas,selimutkan aku. Sedar-sedar je lebih kurang jam 5 lebih pagi, haremm.. bantal , selimut entah ke mana. Kikikiki ^_~

Alhamdulillah, lepas 2 hari, bengkak di kaki dah mulai surut dan dah takde.




Next week nak kena check up. Tapi, Encik Suami takde. Dia dah keluar site. T_T takpe takpe. bulan 11 ni Puan Isteri dah start cuti panjang. ^_^
Balik Penang,berehat sepuas-puasnya hingga bersalin nanti.

Duhai Anak, Duduk dalam tu diam-diam na? Jadi anak yang baik akhlaknya. Baik budi pekertinya. Papa dan mama sayang anda tahu? ^_^


Sempat nak selitkan gambar masa pergi walimah Abby Abadi tempohari. Tahniah. Dan semoga berbahagia hingga akhirnya. Aminn..


Sampai sini saja. Dah nak balik kerja. Jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

No comments:

Post a Comment

=
Copyright© All Rights Reserved Kasihkitaselamanya.blogspot.com