Friday, June 3, 2011

jodoh pertemuan semuanya ketentuan Dia..

Assalamualaikum..
just nak tulis apa yg sy rasa..
kalo nk baca, baca la..
kalo xnak un, xkesahlah..
..................................................................................................................

jodoh pertemuan semuanya ketentuan Dia..
hari nie,
tiba2 sy nak berbicara tntang J O D O H ..
hihihihi..^_____________^
pasti ade jugak yg tertanya2 knp sy nk ckp soal jodoh nie..
haaaa... >______________________<
yg tu.. sy xleh jawab..
sbb nya,
sy sndrik xde jwpn..
........................................................................................................................

Perkahwinan..
bole x jelaskan apa tujuan dan maksud perkahwinan..??

Tujuan Perkahwinan ialah
1) Untuk meneruskan wujudnya keturunan manusia
- Firman Allah, maksudnya
"Wahai manusia,bertakwalah kepada Tuhann kamu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, lalu dijadikan daripadanya pasangan (suami isteri) lalu diperkembangkan-biakkan daripada kesuanya lelaki dan wanita yang ramai"
2)Pemeliharaan terhadap keturunan
3)Menjaga masyarakat dari sifat yang tidak bermoral
4)Menjaga ketenteraman jiwa
5)Memberi perlindungan kepada anak yang dilahirkan

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur..
Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul
yg menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan...
Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap ikatan perkahwinan,
iaitu pembinaannya mestilah di atas asas agama
dan bukannya nafsu semata-mata..

okey..itu serba sedikit intro tntg perkahwinan..
............................................................................................................................
tanggungjawab suami isteri mcm mana pula..??
Tanggungjawab Suami
1)Menyediakan mahar untuk isteri
2)Menyediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak2
3)Memberi nafkah,makanan,minuman,pakaian,alat2 keperluan &
sebagainya mengikut apa yang perlu
4)Memberi nafkan batin dan layanan baik kepada isteri
5)adil kepada isteri2 sekiranya berpoligami
6)Memberi didikan agama
7)Tidak mendedahkan sebarang keaiban atau rahsia rumah tangga
kepada org lain yg boleh menjatuhkan maruahnya

Tanggungjawab Isteri
1)Mentaati suami dalam sebarang perkara yg tidak mendatangkan
kemungkaran atau maksiat kepada Allah.
2)Memelihara kehormatan diri dan maruah suami
3)Memelihara harta benda suami,rumah tangga
serta mendidik anak2 dgn sempurna
4)Tidak membenarkan orang yg tidak disenangi
suami masuk ke dalam rumah
5)Tidak keluar rumah tanpa mendapat keizinan suami
6)Merendahkan suara apabila berkata2 dengan suami

haa...itu baru tanggungjawab suami isteri...
dan sbenarnya (ehh2..cam lagu yuna lak..hihhii..) byk lagi hal rumah tangga..
.............................................................................................................................................

hmmm...
pendapat sy tntg perkahwinan..??
jujurnya, sy rasa kurang yakin dan percaya dgn perkahwinan..
kenapa..??
ermm..ntahlah..
mungkin jugak sbb byk sgt penceraian yg berlaku skrg nie kan..
statistik menunjukkan penceraian semakin tinggi..
itu yg buat ngeri..
walaupun pasangan tu bernikah atas dasar cinta,
tapi akhirnya tetap membawa ke penceraian..
akibat drpd penceraian tu siapa??
siapa lagi kalau bukan anak2..
anak2 menjadi mangsa keadaan..
kadang2 terfikir sejenak..
sebelum keputusan cerai diambil,
tidak kah suami isteri nie memikirkan apa yang akan jadi kepada anak2..??
anak2 tak bole terima..
anak2 mula memberontak..
dan lain2 lagik..
let's say parents dah bcerai dan masing2 dah kawin lain,
tidak kah pula ibu bapa si anak memikirkan apa perasaan si anak..??
even si anak dah ada 2 ibu dan 2 bapa,
tp bg si anak, ibu dan bapa kandung yg layak disayangi..
dan takde sapa yg bole menggantikan tempat ibu bapa kandung..
itu pendapat sy..kalau yg x sependapat,sy minta maaf..
seharusnya lah, apa2 keputusan yg besar,
mestilah dibawa berbincang terlebih dahulu..
perasaan semua pihak harus diambil perhatian..
hmm..
kalau rasa nak kahwin just untuk menunjuk2 dkt kwn2 yg kita dah kawin,
lebih baik betulkan balik niat tuh..
perkahwinan bukan lah perkara ringan..
bukan perkara main2..
kalau boleh, semua orang nak kahwin sekali seumur hidup..
tiada sape yg inginkan penceraian berlaku..
jika berlaku,itu dah kehendak takdir..
siapalah kita hendak melawan kuasa Allah..
........................................................................................................................

sememangnya,
jodoh tu ketentuan Tuhan..
apa2 pun,
sy seakan fobia bila dengar kes2 penceraian..
dan mungkin juga sblum nie dah banyak kecewa dalam percintaan
membuatkan sy jadi begini..
huhuhu..
apepon, sy masih mempunyai keinginan untuk mempunyai
sebuah keluarga bahagia..
sy sendiri teringin juga nak mendirikan masjid,
ade suami tempat untuk berlindung,
punyai anak2..
tp seperti sy cakap td..
jodoh pertemuan semuanya ketentuan Dia..
sy hanya pasrah..
dan moga2 ada yg dapat mengetuk pintu hati sy.. ('',)
.......................................................................................................................................

ok semua..
sampai d sini saja coretan sy..
pendapat dan pandangan sy..
maaf,belum pandai nak olah ayat..
hihihiihi...
apepun,ini semua hanyalah pendapat..
okey semo..
jaga diri..
peace ^__________________^
Assalamualaikum
sampai ketemu lagi..>__<

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

No comments:

Post a Comment

=
Copyright© All Rights Reserved Kasihkitaselamanya.blogspot.com