Assalamualaikum. semalam secara tak sengaja, aku terjumpa surat-surat cinta masa zaman sekola dulu. haha. kelakar rasanya. surat bunga-bunga.. ade sticker love sana sini.. ohhsemm.. jiwang giler isi surat-surat tuh.. gelak sorang-sorang bila aku baca balik..
kenangan demi kenangan mengusik jiwa.. dari terjumpa surat-surat cinta dari "seseorang", aku terjumpa pulak gambar bekas tunang aku.. demm..kenapa dalam banyak2 gambar,gambar die aku jumpa..huhu.. gambar ibu dan adik dia pun ada.. mungkin sekarang mereka di Melaka kott.. entah..lama sungguh tak dengar cerita pasal diorang..sejak aku putus tahun 2007..dan aku pun tak mau tau langsung pasal diorang..iskk...kisah lama yg tak patot aku kenang sebenarnya..
kemudian.. terjumpa pula gambar-gambar aku dengan Cinta Hati.. rindu giler masa indah itu.. kalau masa boleh putarkan semula, aku takkan putus dengan dia dulu..dan sempat bertunang dengan orang lain dan putus tunang lagi..kemudian couple balik dengan Cinta Hati aku.. dalam tempoh hampir 8 bulan, banyak perkara berlaku.. dia sempat ada pengganti, begitu juga aku.. tapi rasa sayang dan cintaku terhadap dia,melebihi segalanya..
selalunya orang akan cakap "Dont let the past steal your present".. tapi macam mana nak teruskan hidup kalau masa lalu itu lah merupakan masa depan kita..? agak komplikated sebenarnya hidup aku nih.. Jujur. Aku memang tak pernah lupakan walau sedetik pun Cinta Hati aku walaupun saat aku nak bertunang. serius.! itulah KESILAPAN TERBESAR aku lakukan dalam hidup aku.
tapik, selepas aku putus tunang kedua kali nya, aku minta Cinta Hati beri aku peluang sekali lagik. Alhamdulillah. kami bersama semula.. Serius. aku happy sangat2 sekarang ni. kalau aku tahu, aku takkan lukakan hati dia dulu. iskk.. meraban plak aku nih. haha.
kadang-kadang tu sebenarnya kita tak tahu apa yang terbaik untuk diri kita sebenarnya. entahlah. hidup ni sebenarnya tak semudah dan tak seindah yang disangka.
dah berbagai jalan aku lalui sepanjang hidup aku yang dah nak masuk 22 tahun ni. ada suka, ada duka. tapi semua tu aku lalui dengan tabah. bohong! kalau aku katakan aku tak pernah putus asa. benar! aku pernah putus asa untuk teruskan hidup. tapi! aku beruntung sebab ada sokongan dan semangat daripada orang-orang yang tak mahu tengok aku tewas. alhamdulillah.
sekarang nih, kalau aku kenang balik tiap detik yang berlaku dalam hidup aku, aku mampu tersenyum. kalau dulu, nak menangis bagai je. tapi sekarang tak lagik. aku boleh senyum dan tenang. buat apa nak menangis untuk kisah lama. yang berlalu tetap berlalu. hidup mesti diteruskan. sentiasa berfikiran positif. pengalaman hidup mengajar diri untuk jadi lebih matang dan positif. insyaAllah.
apa yang penting dlam hidup nih, jangan pernah putus asa. walau di saat rasa dunia ni kelam dan gelap gelita. bangkit dari kegagalan. gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. ^____^
sampai di sini saja. aku nak kemas barang-barang dan balik Perlis hari nih. walau tak berapa sihat, aku gagahkan juga. semoga kita semua sentiasa bersemangat untuk teruskan hidup. semoga hidup kita semua dirahmati Allah. jaga diri, jaga kesihatan. Assalamualaikum.











=
