Tuesday, May 1, 2012

KONVOI MOTOR 1 MAY 2012

Assalamualaikum semua. okay. lama aku tak update blog nie kan. kalau rumah, adehh.. dah bersawang-sawang bagaii.. haha >__<

okay semua. sebelum aku mulakan menulis entri pasal konvoi nih, aku nak ucap SELAMAT HARI PEKERJA kepada semua yang bekerja. Selamat bercuti kepada yang sedang bercuti. ^_____^

okay then. hari nie, 1 May 2012, aku join konvoi motor . Actually, aku tak rancang pun nak join konvoi nie. Sebab, kalau ikut plan, aku kena join diorang ni konvoi dari Penang ke Padang Besar, Perlis. Tapi dek kerna aku sekarang dekat Perlis, aku join jer lah bila depa semua ni ada kat sini.

Credit to Tokwan ( gelaran aku bagi pada Izwan Rasz) sebab ajak cucu join konvoi. Pengalaman baru dalam hidup cekk.. Terima kasih tokwan :)


ahhaaa... tiba masa aku nak tempek gambaq banyak-banyak. tapik tak dak la banyak sangat. ^___~ sila-sila lah menengok yer. ~_____~

Konvoi 1 May 2012 :)

lokasi : Gua Kelam, Perlis.
sempoiii lah..


nih lah Tokwan.. baikkkk punyaaa..
hehehe
^___~

hahh.. Yanie nih lah peneman kat belakang den tadik.
thanks yank :)

lebih 50 biji motor join konvoi nih.
hujung kanan tuh,
My Sayang lah. hehe. >___<
promote satt.

masa ni diorang meeting .
aku ushar dari jauh jer.


haaaa.. cukup kot banyak ni aku bagi hampa tengok.. nak tengok lagik, ada kat facebook aku.. aku dah upload tadik. haisshh.. lepas nih kalau line tenet laju, aku nak update sikit pasal konvo ritu. 

okay semua. sampai sini je lah aku tulis. aku nak study kejap. Khamis ni last paper exam. Doakan aku okay. Tak paksa pun. hehe :)

Jaga Diri semua. Sampai ketemu lagi. Till then, Take Care. Assalamualaikum :)


Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Wednesday, April 18, 2012

Study Week. Alamak.!

Assalamualaikum. lama benar tak update. banyak benda terlepas pandang. terlepas baca. aisehh..

minggu ni merupakan "study week".. yelah. next week dah final exam. 
"kawan-kawan, tolong doakan saya lulus dengan cemerlang,ye.? terima kasih. sayang ampa semua "

ngeeee~~~ oh ya. sebenarnya banyak benda aku nak update. tapi dek masa dan internet yang macam hantu, membuatkan aku tak boleh nak update. ni pon aku update dekat restaurant Istiqamah hat ada WIFI tuh.. lalalallaa... nanti aku update nah.. banyak benda. lepas final aku update.. insyaAllah.

oh ya. aku exam 23/4, 26/4 dan 3/5.. gila lah. hopefully boleh jawab dengan jayanya. Aminn..

okay semua. tk boleh lama-lama. jaga diri. nanti aku update lagi. promise . ngeee~~ gegeh jugak aku ni kadang-kadang . haha.

babai semua. Assalamualaikum.
nahh.. cek tempek gambaq gedabak. haha.




Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Tuesday, April 3, 2012

Benda Baru dalam Hidupku.


 Assalamualaikum semua. Benda baru dalam hidupku. Terima kasih tak terhingga pada Cik Yanie dan Mr. Nike. Sebab bawak aku jalan-jalan Ahad lepas ( 1 April 2012 ). Sebenarnya aku baru je nak baik demam masa mereka berdua ni ajak aku keluar. Sebab tak mau tengok aku bertambah demam mengurungkan diri di rumah. Huhu. Konon-konon nak ambik udara segar bagai lah. Tapik. Lain jadinya. Lepas pergi makan di Kuala Kedah, tetiba Cik Yanie  ajak pergi Alor Star. Nak main bowling katanya. 

Aku ikut je lah.Tapi serius. Selama umur aku hampir 22 tahun ni, aku tak pernah main bowling. Lepas didesak-desak. Aku mengalah. Aku main lah jugak bowling ni. Sakit tangan jugak rupanya main bowling nih. Seronok . lebih "seronok" bila baling bola, masuk longkang. Aiseh. Apesal lah buat longkang kat situ? hehe ^____~

Serius. Bowling. Benda baru dalam hidupku. Tak pernah-pernah aku main. Nak main lagi boleh.? Ngeeee~~~ 

Lepas main bowling, singgah Tesco kejap. Beli barang dapur. Lepas tu singgah dataran kejap. Lawa lah pokok dia. Macam kat ICT.  Cantik.

Okay. Nak tempek gambar banyak-banyak. Terima kasih Cik Yanie dan Mr. Nike. Nanti belanja lagi nah. haha. Tak malu nih. :)

Okay. Till then, Take Care. Nanti aku update lagi. Assalamualaikum. :)

Aku dgn Cik Yanie.

Bajet ringan je. Berat jugak eh. :)



Cik Yanie main bowling. Jelez. Dia je menang .
Baling je lah. Apa nak jadik, jadik lah. haha.

Dekat Dataran Alor Star.
ye kot nama die.
Cantik.
Aku jumpa benda ni masa habis main bowling.
Teringin nak main. Tapi muatan lebih.
Ambik gambar je lah.
Boleh teraa tuh?

Terima kasih kerana sudi membaca ^__^

=
Copyright© All Rights Reserved Kasihkitaselamanya.blogspot.com